Thursday, September 1, 2011

Cina Mengatur Taktik Berniaga Di Musim Perayaan

Hari Raya Aildilfitri
Saya bukanlah insan yang bijak atau arif dalam selok belok dunia perniagaan mahupun ekonomi..pengetahuan saya terlalu cetek dalam soal untung rugi ini..maklumlah, saya datang dari keluarga miskin..berbelanja pun ala kadar saja..barang-barang yang dibeli bukanlah untuk tujuan bermewah-mewah..sekadar memenuhi syarat keperluan keluarga..jarang sekali ke kedai-kedai mewah untuk survey barang-barang yang mewah, berjenama mahupun berkualiti tinggi..

Namun, apabila berkunjung ke rumah sanak saudara di Aidilfitri ini, isu berbelanja apabila menjelang Aidilfitri tidak dapat lari lagi dari dibualkan di ruang tamu sambil menjamah juadah yang telah disediakan di atas meja yang terhias cantik bersama insan-insan yang jauh di mata dan jarang berjumpa..

Pada petang hari raya pertama, bapa saudara sebelah ibu saya (Pak Jang) begitu asyik bercerita tentang orang-orang Melayu yang mudah ditipu peniaga Cina menjelang Aldilfitri..di supermarket-supermarket di seluruh negara yang majoritinya dimiliki kaum Cina, para pembeli diuar-uarkan bahawa kononnya barang-barang (seperti kasut, langsir, cadar, perkakas rumah, sofa, kerusi meja) dijual dengan potongan diskaun sempena Aidilfitri..

Namun, ada juga yang mahu mengaut untung yang lebih dengan tidak langsung memberikan diskaun kepada para pembeli kerana mereka sedar, orang Melayu terdesak untuk membeli barang-barang untuk persiapan Aidilfitri tidak kira mahal atau murah..tambahan pula, Melayu Malaysia gemar membuat persiapan last minute..katanya, taktik sebegini sangat menguntungkan peniaga Cina..orang Melayu begitu mudah ditipu..katanya lagi, dia sekarang ini tidak lagi membeli barang-barang (seperti dinyatakan tadi) menjelang Aidilfitri tetapi menunggu sehingga Tahun Baru Cina..

Ketika menjelang Tahun Baru Cina, supermarket yang dimonopoli peniaga-peniaga Cina akan menjual barang-barang kepada bangsa mereka sendiri dengan harga yang sangat murah sehingga 50% dan 70%..menurutnya, dia pernah tertipu kerana membeli cadar dan comforter baru ketika Aidilfitri dengan harga RM 360, tetapi apabila sengaja disurveynya pada Tahun Baru Cina, cadar yang sama berharga RM 180..terkejut sambil tersenyum aku..tersenyum kerana di rumah aku, katil pun tak ada..tidur guna toto saja..comforter pun aku tak pernah tengok dan pegang, apatah lagi nak beli dan guna..huhu

Kelmarin pula, mak saudara sebelah ayah aku (Mak Tam) pula bercerita tentang set bekas kuih raya yang dibelinya untuk Aidilfitri kali ini..katanya, dia dah lama perhati dan minat set bekas kuih raya itu dari tahun lepas lagi..banyak kali dia berkunjung ke kedai Cina itu pada bulan Ramadan, kalau-kalau ada offer untuk set itu..akhirnya, Ramadan kali ini memang ada offer..memang dibelinya terus la...katanya, kalau tak offer RM 300 lebih..tapi bila lepas offer tinggal RM 150..cerewet sikit dia ni..tapi lantaklah, itu duit dia..huhu

Anaknya pula, iaitu sepupu aku teringin sangat nak beli basikal racing yang baru..setiap hari dia pergi ke kedai basikal yang menjual basikal idamannya itu..Mak Tam aku pun dah izinkan dia membeli basikal itu..lagipun, dia guna duit dia sendiri hasil titik peluh dia menghadiri tadarus Al-Quran di kampungnya sepanjang Ramadan yang lalu..tetapi, abang sulungnya pula tak benarkan kerana baginya, lebih baik duit itu disimpan untuk perbelanjaan pelajarannya nanti..marah juga abang sulungnya itu pada peniaga Cina itu..

Katanya, peniaga Cina itu pun pandai..dia tahu budak itu setiap hari berkunjung ke kedainya untuk melihat basikal yang diminatinya itu..jadi, kelmarin, raya kedua, dia beritahu tahu pada budak itu bahawa hanya hari ini saja ada offer, raya ketiga sudah tak ada..apa lagi, makin terdesak la sepupu aku itu untuk membeli basikal..akhirnya, semasa abangnya dan kakak iparnya pergi ke supermarket terdekat untuk membeli susu untuk anak mereka, dia pun pergi ke kedai itu untuk membeli basikal berwarna kuning fluorescent itu..tercapai juga hasratnya hasil berpakat dengan ibunya..huhu..

Begitulah kisahnya "Cina Mengatur Taktik Berniaga Di Musim Perayaan"..semoga para pembaca terhibur dan dapat mengambil intipati dari entri kali..

Selamat Hari Raya..Maaf Zahir Batin dari saya sekeluarga...