Saturday, August 27, 2011

Yang Benar Tetap Benar

berkata benarlah walaupun sukar
kerna,
pada yang benar, adanya sinar
yang benar tidak boleh diganti tukar,
sekalipun cuba disangkar oleh yang makar
kerna yang benar itu benar, sekalipun ada yang
bersikap hambar

hantarlah bicara yang benar
agar mengalir ke setiap alur dan datar,
ke hutan belukar dan paya terbiar,
ke desa yang pudar dan bandar yang besar

nyatakan yang benar
di daerah yang hambar dan kota mekar
di akhbar tersiar, juga TV dan radio terpancar,
untuk si miskin yang terlantar dan si kaya yang bersandar

cakaplah yang benar, walaupun tidak dibenar
sekalipun disanggah tegah disambar kasar
kerna Tuhanmu adalah Tuhan Yang Maha Besar,
Rasulmu ialah obor sabar cahaya sinar buat yang benar
maka yang benar itu tetap benar

nukilan DrMaza

Friday, August 26, 2011

Kaki Movie, Kaki Download, Kaki Delete

Aidilfitri ini banyak filem-filem menarik akan ditayangkan di saluran televisyen Malaysia sama ada Astro, TV9, TV3 ataupun TV2..senario biasa macam Aldilfitri yang lepas-lepas..cuma sebelum-sebelum ini, aku memang ternanti-nanti filem yang akan ditayangkan di televisyen sebab inilah satu-satunya peluang aku menonton filem-filem Malaysia..aku tak pernah pergi menonton wayang..vcd player pun tak ada di rumah..nak pasang Astro apatah lagi..tapi, sejak aku dah beli laptop semasa aku di universiti dahulu, aku tak tunggu dah depan televisyen time raya..sebab semua filem yang nak tayang di televisyen aku dah tengok di laptop..kaki movie la katakan..

Aku juga kaki download dan kaki delete..aku suka download movie sendiri berbanding copy dari orang lain..dan aku juga suka delete apabila movie yang aku tengok tu tak best..banyak juga la member yang bengang dengan sikap delete aku tu..haha..apa boleh buat..aku macam terkena sumpahan..dulu, ada seorang member aku yang species dengan aku..tapi aku masa tu belum lagi jadi macam ni..baru berjinak dengan dunia menonton filem..belum digelar kaki movie, kaki download atau kaki delete lagi..sepanjang aku berkawan dengan dia, memang dia suka tengok movie, download movie sendiri, dan delete movie yang dia dah tengok sebelum bagi orang lain copy..

Tak lama lepas tu, aku pun beli external hard disk..aku makin arif tentang selok belok movie ni..cara download..hafal nama pelakon, pengarah, penerbit, sekuel-sekuel filem dan banyak lagi benda tentang movie..banyak aku belajar sebelum aku mengatasi kawan-kawan lain yang sebelum tu menghina aku pasal buta tentang filem English..ada yang kata, "awat hang pulun sangat tengok movie, kat rumah tak tengok Astro ka?" mereka ingat aku ni anak orang kaya macam mereka agaknya..

Berbalik kepada member aku tadi, aku bengang gila dengan dia, dan rasa dia bodoh sangat bila dia delete movie yang dia dah tengok..sama ada dia bagi orang lain copy tu lain cerita..tapi aku rasa lagi bodoh bila dah penat-penat tunggu habis download, tengok movie tu, then delete macam tu saja..memang ramai geram dengan dia..lepas tu saja, aku pun jarang dah copy movie dari dia..aku lebih gemar download sendiri..dan kini, setelah 2 tahun aku berkecimpung dalam dunia cetak rompak ni, aku seperti mula faham dan secara tidak sedar, aku sudah pun mengikut jejak langkah dia..akhirnya, aku adalah species macam dia..sesiapa saja jika sudah berada pada tahap seperti kami, akan melakukan perkara yang sama..

6 daripada 7 filem yang akan ditayangkan di televisyen sepanjang raya ni aku dah tengok kecuali Nur Kasih The Movie..sebab time movie ni tayang di pawagam, aku tak tengok..aku pergi ke pawagam, tapi aku menonton Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides..next week lepas tu pula exam..habis exam pula, terus balik rumah..di rumah, internet slow..so, kerja mendownload terhenti selam 3 bulan..bagai pucuk dicita, ulam mendatang apabila filem ini akan diyangkan di TV3 pada 31 Ogos nanti..aku mesti tengok!!

Magika
filem ni bagi aku tak la best sangat..tapi filem ni dapat anugerah filem terbaik dalam Festivel Filem Malaysia..mungkin sebab unsur-unsur cerita dongeng Melayu yang diterapkan rasanya..namun, kenangan aku tentang filem ni adalah lagunya..aku minat 2 lagu dari filem ni iaitu Tidur Dahulu dan Kehilangan..lagu Tidur Dahulu ni aku dengar hampir 2 minggu setiap kali sebelum aku tidur..lagunya menarik tapi sungguh mengantukkan..sebab 2 aku gunakan untuk memudahkan aku tidur (selain doa sebelum tidur)..

Ngangkung
tiada apa yang menarik bagi aku dalam filem ini kecuali dialog ''biskut bertemu marrie''..aku agak pelik kenapa filem ini mampu mengaut kutipan sehingga RM 8.18 juta..mungkin sebab penampilan Shaheizy Sam..tapi apa nak kata..itu rezeki Ismail Bob Hashim..

Lu Pikirlah Sendiri de Movie
filem inilah yang menyebabkan Nabil mengeluarkan satu kenyataan kontroversi sehingga beliau kekehilangan sejumlah peminatnya..tak kisah la..saya memang tak minat Nabil dan filem ni pun bagi saya tak best..kalau bukan kerana Puteri Sarah Lyana, saya tak akan menonton filem ni sampai habis..

Nur Kasih The Movie
aku tengok drama Nur Kasih dalam masa 3 hari..full 26 episod..aku copy dari kawan aku..aku habis tengok sehari sebelum aku final exam untuk short sem..agak gila la..semua tu kerana penangan filem Nur Kasih The Movie yang baru keluar ketika tu..first, aku tertarik dengan lagu Nur Kasih..second, jalan cerita dia betul-betul kena dengan realiti masyarakat kampung..tak macam drama Melayu yang lain..third, cinematography drama arahan Kabir Bhatia ni menarik sangat-sangat..fourth, aku sedih tengok hajat Aidil untuk menikah dengan Nur Amina tidak kesampaian..namun, dia patuh keputusan ayahnya dan sanggup berkorban demi adiknya, Adam..aku harap sangat filem ni mencapai kutipan melebihi RM 10 juta..tapi, nampaknya hajat aku pula yang tidak kesampaian..huhu..

Adnan Sempit
filem ni bagi aku biasa saja walaupun sering diagung-agungkan Ahmad Idham..filem pertama Shaheizy Sam jadi hero..aku sebenarnya jemu dengan tema remp-it yang sering dibawakan Ahmad Idham..nampak seperti tidak berkembang idea filem arahan bekas pelakon yang dulunya amat saya minati ini..tapi bila saya tengok buat kali kedua, kita ok juga la jalan ceritanya..mudah dihadam dan tidak terlalu mengarut..Shaheizy bagaimanapun lebih sesuai dengan watak penjahat dengan wajahnya yang bengis itu..apa-apa pun, dialog yang paling saya suka ialah, "gua nampak li kecik besar kecik besar ja!" stail dan sempoi...

Setem
ermmm..no comment..secara peribadi, tak ada apa-apa yang menarik dalam filem arahan Kabir Bhatia ni..penat aku tunggu filem ni nak habis..

V3: Samseng Jalanan
filem pertama arahan Farid Kamil..not bad..jalan cerita ok..ending kurang sikit la..tapi banyak lagi elemen gangster dan jookie yang menarik..paling sempoi bila Farid Kamil dengan Bront Palarae guna loghat Kedah..memang kaw-kaw punya la..baru la nampak real penggunaannya bila digunakan orang Kedah sendiri..bukan macam filem Cun..tak jadi sangat gaya Remy Ishak menggunakan loghat Kedah..hancuss..apa pun, nice try kepada Remy dalam Cun..aku agak terkejut bila dengar dan tengok Farid Kamil mencarut dalam filem tu..tergamam aku time tu..berani gila dia mencarut dalam filem dia..selalunya mesti dah kena potong dengan Finas punya..tapi yang aku tengok tu tak kena potong pun..dapat RM 3.88 juta kira ok la..

Thursday, August 25, 2011

Saya Cintakan Sampul Duit Raya, Bukan Duit Raya Part 3

Aku paling suka bila dapat sampul duit raya dari sanak saudara..hampir semua sanak saudara akan beri sampul duit raya..jarang sangat la yang beri duit dengan tangan saja..mesti akan ada sampul punya..yang tu yang aku tunggu-tunggu sangat tu..sampul duit raya, bukan duit raya..aku suka sampul duit raya dari sanak saudara sebab almost all of them menarik..cantik-cantik belaka..tidak kira panjang atau pendek..macam-macam jenis bank ada..sampul yang mereka beri jauh lebih cantik dari yang dapat dari rumah ke rumah dan yang aku kutip masa berjalan kutip duit raya tu..

Kegilaan aku pada sampul duit raya sehinggakan aku kutip sampul-sampul yang budak-budak lain buang lepas mereka ambil duit di dalamnya..ada yang dah hampir dengan longkang air acar pun aku kutip lagi..lap-lap dengan tisu adik aku..yang dah dipijak dan ada bekas batu tar di permukaan sampul pun aku kutip juga, asalkan tak rosak sangat..pernah juga aku jumpa sampul yang di dalamnya ada lagi duit..mungkin tercicir dari kocek budak-budak berkumpulan tu..2 ringgit kalau tak silap aku..sampul ketot warna kuning..

Aku ingat lagi tempat aku jumpa sampul tu..aku ambil sampul tu dengan duit-duitnya sekali..waktu tu aku jahil bahawa duit yang kita jumpa tidak boleh diambil sewenang-wenangnya..aduhai...tapi aku paling kecewa bila sampul yang aku jumpa itu sudak terkoyak rabak dek kerakusan budak-budak yang hanya berminat pada duit raya semata-mata tanpa mempedulikan kecantikan sesuatu sampul raya itu..lebih malang bila sampul raya itu sangat cantik..geram yang teramat sangat..begitu juga dengan sepupu-sepupu yang gemar mengoyak sampul duit raya untuk diambil wang sahaja.. 

Seingat aku, aku paling sayang satu sampul raya yang mak su aku bagi kat aku..dari Maybank..cantik yang teramat sangat..memang sampul-sampul Maybank masa aku kecik dulu antara yang tercantik dalam koleksi aku..aku simpan semuanya dalam satu kotak khas..yang aku dapat dari mak dengan ayah aku, dari rumah-rumah yang aku pergi beraya, yang aku kutip sepanjang jalan dan tepi-tepi longkang, dari sanak saudara, dari sepupu-sepupu yang buang sampul merata-rata dan dari adik aku sendiri sebab dia pun ambil duit saja..sampul dia tak minat..

Aku kumpul kesemuanya sekali..aku susun dari yang kurang cantik sampailah yang aku iktiraf sebagai yang tercantik..kotak itu masih aku simpan hingga ke hari ini..cuma koleksi aku semakin hari semakin kurang..kotak itu kini bukan lagi harta persendirian aku..tetapi telah dimilikkeluargakan oleh keluarga aku..sejak aku bersekolah di sekolah berasrama penuh, kotak itu dibuka bila-bila masa kerana sekadar ia kotak biasa saja..tidak ada kunci atau sebagainya..mak dan ayah aku akan ambil sampul dari dalam kotak itu untuk dibubuh duit apabila mendapat jemputan ke majlis-majlis kenduri..

Kini, setelah lebih 10 tahun, khazanah itu masih kekal sehingga hari ini..biarpun koleksi sampul-sampul duit raya ini tidak sesegar, tidak seindah, tidak secantik dan tidak sebanyak dulu, tetapi ia masih lagi wujud untuk aku tatap dan mengimbau kenangan aku ketika masih kanak-kanak..tidak mengapalah jika keluarga aku ingin menggunakannya untuk tujuan yang baik, asalkan jangan dikoyak-koyak koleksi berharga aku itu..perit sangat untuk aku terima..

Begitulah kisahnya "Saya Cintakan Sampul Duit Raya, Bukan Duit Raya"

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Dan Batin dari saya dan keluarga...

Wednesday, August 24, 2011

Saya Cintakan Sampul Duit Raya, Bukan Duit Raya Part 2

Ada sesetengah rumah bagi duit syiling, ada juga yang bagi seringgit kertas..masa tu seringgit kertas memang kira tinggi la untuk budak-budak yang pergi kutip duit raya ni..aku dengan adik aku lain sikit..rumah yang kami tak kenal, mereka bagi sama seperti duit raya yang mereka beri pada budak-budak yang lain..tapi rumah yang tahu kami ni anak siapa, cucu siapa, mereka bagi lebih dari budak-budak lain..kalau masa kami tiba di rumah mereka, dan mereka tengah beri duit raya pada budak-budak lain, mereka minta kami tunggu dulu..kami pun tahu dah yang kami akan dapat lebih..

Budak-budak lain sekali datang berkumpulan..5-10 orang satu kumpulan..mungkin sebab tu dapat sikit..aku dengan adik aku berdua saja..lagipun, kami tak harap sangat pun dapat banyak..saja seronok-seronok keluar beraya..sekitar dalam kampung saja..tak pernah lintas jalan raya ke kampung seberang..dan tak pernah pun pergi rumah yang sama 2 kali untuk dapat duit raya lebih..kumpulan budak-budak yang lain bila bertembung dengan yang lain mesti akan bertanya rumah mana bagi duit banyak..dan ada juga berpakat untuk 'serang' kali kedua..

Aku dengan adik aku buat hal kami saja..tak kisah pun dan tak berminat untuk masuk campur..orang lain baru nak seronok-seronok kutip duit raya, kami dah on the way balik rumah..malas jalan jauh-jauh..lenguh..lagipun, dah makin panas..dan aku sebenarnya balik awal pun ada sebab lain juga..nak tengok cerita Ultraman Tiga, Ultraman Dyna dengan Ultraman Gaia kat tv..hahaha..masa tu gila cerita macam tu lagi...(~_^)v

Masa beraya di rumah orang, ada yang beri sampul duit raya kalau mereka letak seringgit atau 2 ringgit..kalau yang beri syiling tak ada la..ada yang beri sampul panjang, ada yang beri sampul pendek..kadang-kadang bila dapat sampul panjang dan kami buka masa on the way nak ke rumah yang lain, tengok-tengok seringgit saja..dalam hati aku berkata, "bagi sampul panjang, tapi duit seringgit, baik bubuh dalam sampul pendek.." masa tu aku tak tahu yang ada bank yang beri sampul duit raya panjang..contohnya masa tu Bank Muamalat..tapi sekarang ni aku tengok banyak dah bank bagi sampul panjang..Bank Rakyat pun dah panjang..ayah aku pun sekarang bubuh duit yang 'panjang' sikit dah..hahaha..

Masa bubuh duit raya dalam sampul dulu pun aku suggest juga pada ayah aku..kalau duit besar guna sampul panjang, kalau duit kecik guna sampul pendek dah la..biasanya perkara tu berlaku bila nak bubuh duit raya untuk sanak saudara yang miskin dan yang dah kaya..kalau miskin ayah aku bubuh lebih, kalau yang mak bapak mereka kaya, ayah aku bubuh sikit saja..

Sampul panjang dan pendek ni pun bagi perbezaan juga untuk adik aku dan aku sendiri..aku selalunya akan dapat sampul panjang dari sanak saudara sedangkan adik aku dapat sampul pendek..faham-faham saja la maksudnya..kadangkala tu pula, ada sanak saudara yang bagi sampul duit raya adik aku dan aku, dua-dua pada aku..tapi dua sampul yang berlainan jenis..ataupun yang berbeza panjang..mereka pesan, "yang ni hang punya, yang tu adik hang punya..hang silap bagi hang rugi.." kalau mereka kirim pada mak atau ayah aku pun macam tu juga kesnya..adik aku selalu jealous dengan aku..apa nak buat kan..
bersambung esok...

Tuesday, August 23, 2011

Saya Cintakan Sampul Duit Raya, Bukan Duit Raya Part 1

Maaf kerana entri ini sedikit mengenai raya biarpun kita sepatutnya memfokuskan pada fasa Ramadan yang terakhir, moga-moga kita memperoleh pembebasan dari api neraka dan keberkatan Lailatul Qadr..mengimbau kenangan saya pada waktu kecil dahulu, saya ingin berkongsi beberapa perkara dalam coretan kali ini..selamat membaca!

Masa kecik-kecik dulu, aku minat gila kat sampul duit raya..aku tak minat sangat kad raya sebab kecik-kecik tak pernah dapat kad raya..aku pun malas tulis kad raya..tulisan aku tak cantik..tak pandai karang ayat..buat pantun pula rasa macam tak sedap saja..lagipun kena beli, bagi aku mahal..aku bukan ada duit sangat..mak bapak susah..so, malas nak fikir pasal kad raya..aku lebih tertarik dengan sampul duit raya..bukan sebab dalam tu ada duit tapi sebab sampul duit raya cantik sangat..cantik sangat-sangat..warna warni..masing-masing ada corak dan hiasan yang tersendiri..gabungan warna pun menarik..

Tambahan pula, sampul duit raya tak payah beli..ayah aku tak pernah beli..dia pergi keluarkan duit kat bank, bank bagi sampul duit raya mereka..ayah aku selalu guna Bank Rakyat..so, hampir setiap tahun, sampul duit raya yang ayah aku suruh isi duit di dalamnya adalah dari Bank Rakyat..sampul Bank Rakyat ini ada tahun cantik, ada tahun tak cantik..tapi, sekali ayah aku dapat banyak..jadi, aku rasa kurang special sebab tanpa aku usaha, senang-senang dapat koleksi sebanyak tu..aku tak suka kalau satu jenis sampul ada aku banyak sangat..aku suka kalau satu jenis, satu saja aku ada..baru lebih nikmat untuk aku menatap sampul duit raya tu..

Untuk masukkan duit ke dalam sampul duit raya ayah aku, aku tak berapa minat sangat..tapi adik aku minat..setiap kali mereka nak masukkan duit raya, aku akan pastikan satu sampul kad raya tu aku dah simpan..kalau tak, semua habis diberi pada sanak saudara..melepas aku sampul raya jenis tu..

Time pagi raya, aku dengan adik aku pun keluar la berjalan dari rumah ke rumah untuk kutip duit raya..aku keluar sebelum solat hari raya..mak ayah aku pun tak larang..aku mana tahu masa tu..kecik lagi..aku dengan adik 'redah' saja la rumah-rumah di kampung aku tu..yang mana orang kampung yang kenal dengan keluarga aku, nenek aku, mereka tak kisah pun kami datang awal sebelum orang keluar pergi solat hari raya..masa kami tengah makan kuih raya, nampak la mereka bersiap-siap hendak pergi masjid dan surau..tapi masa tu mana aku tahu yang mereka kelam kabut hendak pergi solat..aku ingat mereka bangun lewat pada pagi raya..aku pun makan macam biasa saja la..makan juga sikit, nanti orang ingat datang rumah orang nak duit raya saja..

Tapi, orang kampung yang tak kenal, ada juga yang marah..mereka kata, "apa ni mai rumah orang awai-awai..orang kalut nak pi sembahyang raya, mai mintak duit kat rumah orang dah..tak pi sembahyang raya ka? nak ambik duit ni.." Aku ingat lagi peristiwa tu..biarpun masa tu masih budak-budak, aku begitu tersinggung dengan mereka..aku dari kecik memang sensitif..tahun berikutnya, aku dengan adik aku keluar selepas orang pergi sembahyang raya dan tidak pergi lagi ke rumah orang itu..aku tersangat malu..
bersambung esok...

Monday, August 22, 2011

Ulama Politik Untuk Dakwah Atau Parti?


Tahniah saya ucapkan kepada pihak Sinar Harian, akhbar muda yang muncul hanya 6 tahun yang lalu di bawah Kumpulan Media Karangkraf kerana berjaya menganjurkan program wacana seperti ini..difahamkan bahawa wacana kali ini adalah yang ke-6 dianjurkan Sinar Harian, satu setiap sebulan sejak mula diperkenalkan..pada saya, program sebegini bejaya menyuntik semangat baru kepada perkembangan minda masyarakat sekaligus menjadi sebuah permulaan kepada suatu sistem demokrasi yang baik kepada negara..

Di sinilah tempat yang paling selesa setakat ini bagi banyak pihak untuk duduk dan berbincang apa sahaja isu yang berada dalam ruang lingkup pemikiran rakyat Malaysia..tidak mengapa jika terdapat sedikit keriuhan dan sindir-menyindir..ia tetap sihat dan menggalakkan..pujian kepada Sinar Harian yang kini dilihat semakin matang dalam menyampaikan wadah kepada rakyat..semakin berani bersuara telus dan tulus, sesuai dengan slogannya itu..

Sunday, August 21, 2011

Ali Setan Hina Melayu, Perlembagaan, Agong & Kafirkan Kerajaan??

Aduhai, isu sensitif baru pula timbul..Azmil Mustafa atau dahulunya dikenali sebagai Ali Setan dikatakan menghina Melayu, perlembagaan dan Agong serta mengkafirkan kerajaan..benarkah dakwaan tersebut?? Saya sediakan 2 link untuk para pembaca revise kembali pengetahuan saudara tentang isu ini :-

  1. Laporan polis terhadap "ali setan" dan penafian azmil mustapha hina perlembagaan
  2. Panas telinga dengan tazkirah Azmil, Pemuda UMNO Subang buat laporan polis

Para pembaca sekalian..saya nasihatkan kita jaga percakapan kita di bulan Ramadan ni..kebelakangan ini banyak sangat isu berkaitan agama yang timbul..kalimah Allah, larangan baca Al-Quran sebelum subuh, serbuan JAIS dan sebagainya..jangan kita cepat melatah sehingga memaki saudara sesama islam kita anjing babi..bawa bertenang..masalah tidak akan selesai dengan segala makian ini, malah akan lebih memburukkan keadaan..memang isu ini berbau politik, tetapi kita tidak boleh terus tuduh menuduh sesama kita serta menuduh insan lain tanpa usul periksa..

filem Ali Setan
Jangan sesekali kita menghentam peribadi seseorang sepuas hati kita..membuka aib dia semahu-mahunya..haram dalam  islam..kita sendiri tidak pasti perkara ini..kita tidak berada dalam ceramah di masjid itu..kita juga tidak tinggal di kawasan itu..mana mungkin kita boleh bercerita lebih hebat dan lebih tepat tentang perkara ini sedangkan kita sendiri tidak nampak dengan pancaindera kita..kita hanya tahu dari media dan berita..cakap-cakap dari mulut orang yang belum pasti ada benarnya..mungkin juga ditokok tambah..isu sebegini begitu senang untuk dipolitikkan untuk mengeruhkan lagi keadaan..

Memang tidak dinafikan bahawa jika tiada angin masakan pokok bergoyang..tetapi perlu juga kita ingat, jika kita memaki orang lain, menghina orang lain, memfitnah orang lain, bukankah itu juga berdosa?? Jika betul saudara Azmil bersalah, tindakan harus dikenakan terhadapnya, mengapa kita perlu melatah tidak tentu pasal, lebih dari orang yang menuduh dan dituduh..jika kita tidak pasti, lebih baik kita berdiam..kita tunggu perkembangan seterusnya isu ini..jangan sesekali kita senang-senang melontarkan tohmahan dan menambah dosa kita di 10 malam terakhir Ramadan ini..

"Jangan cepat-cepat menuduh orang, kerana belum tentu orang yang dituduh itu bersalah, 
dan belum tentu yang menuduh itu benar.."

Saturday, August 20, 2011

Sinar Harian Bukan Kuli Suhaizan Kayat

Suhaizan Kayat
Hari ini saya agak kecewa dengan satu tajuk berita di website Harakah Daily iaitu Daftar pemilih: 5 lagi nama untuk dijejak Sinar Harian.. Suhaizan Kayat, yang merupakan Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda PAS dilihat begitu angkuh dan sombong dalam kenyataan beliau dalam berita tersebut..beliau seperti tidak berpuas hati dengan kejayaan akhbar Sinar Harian membongkar identiti Mismah yang sebenar setelah nama Mismah dicanang-canang sebagai salah seorang daripada ribuan pemastautin tetap yang mendapat kerakyatan warganegara Malaysia dengan mudah..

Sebelum ini, Mismah didakwa sebagai seorang permanent resident yang mempunyai MyPR tetapi memperoleh MyKad dalam masa hanya 4 jam dan didaftar sebagai pengundi dalam daftar pengundi SPR..pendedahan saudara Suhaizan Kayat dalam berita Pemilihan Umno pun ada pengundi hantu sekali lagi meleset apabila akhbar Sinar Harian terus membongkar tuduhan terbabit sekaligus menyangkal dakwaan bahawa mereka yang dituduh iaitu Azhar bin Ahmad, Besah bin Mat dan Mansor bin Ahmad adalah pengundi klon dan boleh mengundi 2 kali..sebaliknya, mereka yang tertuduh mempunyai pasangan kembar mereka masing-masing..

Mungkin bengang dengan penemuan itu, beliau semalam dengan sinis mengucapkan terima kasih atas usaha murni akhbar bebas itu sambil mahu akhbar tersebut menjejaki 5 lagi nama yang didakwa mempunyai klon kad pengenalan..amboi, angkuhnya beliau! Sikap sebegitu tidak patut ada pada seorang pemimpin Islam..mungkin Ketua Pemuda PAS Johor ini merasakan tindakan akhbar Sinar Harian bersungguh-sungguh membongkar pendedahan beliau sebagai arahan UMNO/BN seterusnya melabelkan akhbar itu sebagai pro-BN atau lebih parah sebagai media murahan upahan UMNO..

Siapa beliau untuk meminta Sinar Harian menjejak lagi 5 nama yang didedahkan beliau itu? Mengapa tidak disuruh anak buah beliau sendiri sahaja membongkar lagi 5 nama yang begitu dimusykilkan mereka itu?? Sinar Harian bukan kuli beliau yang mudah disuruh buat itu dan ini..keangkuhan, kesombongan dan keegoan sangat terserlah apabila beliau langsung tidak meminta maaf daripada 3 insan yang dikatakan pengundi hantu UMNO itu setelah menuduh mereka sedemikian rupa..tidak akan rendah martabat seorang pemimpin tinggi seperti beliau jika meminta maaf daripada 3 orang tua yang nyata sekali tidak bersalah itu..

Dato' Hj Husam Musa
Jika beliau benar-benar yakin bahawa wujudnya pengundi hantu atau pengundi klon dalam daftar pemilih SPR, adalah lebih baik sekiranya beliau mengarahkan anak buah beliau sendiri menyiasat perkara itu seperti Datuk Husam Musa yang mengarahkan anak buah beliau membongkar isu terbabit dan tidak pula menyalahkan orang lain mahupun mengeluarkan kenyataan sinis terhadap pihak lain..ini yang patut para pemimpin PAS yang lain contohi..

Saya sendiri yakin wujudnya gejala tersebut dalam sistem pilihan raya negara kita yang didalangi parti kerajaan bagi memastikan kemenangan mereka..namun pendapat peribadi saya, adalah lebih baik jika pihak Pemuda PAS membuat laporan rasmi terus kepada SPR bagi menyiasat kepincangan itu..tidak perlu menyindir sesiapa dalam hal ini..bukankah tindakan itu lebih beretika dan profesional!

p/s: setiap tindakan dan akhlak kita sentiasa diperhati pengundi median/moderate..


Friday, August 19, 2011

Youngest And Most Beautiful Prime Minister

Yingluck Shinawatra
Dalam kita melayari senario politik tanah air, kadangkala perlu juga kita menyelak beberapa isu semasa berkaitan politik luar negara..rasanya, kicauan politik luar negara yang paling dekat di telinga kita mutakhir ini tentulah dari negara jiran kita Thailand..

Tampuk pemerintahan di negara gajah putih itu kini diambil alih oleh Yingluck Shinawatra, adik kepada Thaksin Shinawatra setelah parti pimpinan beliau, Pheu Thai Party mengalahkan parti kerajaan, Democrat Party pimpinan Abhisit Vejjajiva dalam Thailand general election baru-baru ini..maka, secara rasminya, Yingluck Shinawatra dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-28 sekaligus menjadi perdana menteri wanita pertama Thailand..

Saya tidak mahu mengulas langsung tentang kemenangan besar parti itu dalam pilihan raya tersebut mahupun agenda parti itu sama ada ingin membawa pulang Thaksin atau tidak..namun, apa yang lebih mencuri tumpuan saya ialah Yingluck Shinawatra, The Youngest And Most Beautiful Prime Minister In The World..di sini, saya sertakan 4 link yang menjadi rujukan saya untuk mengetahui serba ringkas tentang keadaan politik Thailand dan Yingluck sendiri :-

  1. Yingluck Shinawatra profile and Biography
  2. How far can Yingluck's 'beauty premium' get her?
  3. 'Pretty, rich and smart' woman to be Thailand's first female PM?
  4. Yingluck Shinawatra first Prime Minister Beautiful, from Thailand
Sepanjang kempen pilihan raya, Yingluck dilihat lebih sebagai bintang filem daripada ahli politik..beliau yang berusia 41 dianggap sebagai pengganti dinasti Shinawatra.. Kata wanita beranak satu ini, “My father was a politician. My brother was also a politician. So-called political experience is that I know politics since childhood..” Namun, itu semua tidak penting..cabaran besar menanti Yingluck selepas ini..beliau pilihan dan harapan rakyat Thailand untuk mengemudi negara bergolak itu..

Teringat saya kepada kata-kata Booker T. Washington, seorang pendidik, penulis, pemidato dan pemimpin politik berbangsa Afrika Amerika,

"Success is to be measured not so much by the position that one has reached in life, but as the obstacles they have overcome.."

Sebagai penutup, ada juga pemerhati politik yang sempat berseloroh..kata mereka, dulu Benazir Bhutto (arwah) adalah perdana menteri wanita tercantik dunia..kini, muncul pula Yingluck Shinawatra..Thailand sudah, Filipina sudah (Corazon Aquino dan Gloria Macapagal-Arroyo), Indonesia pun sudah (Megawati Sukarnoputri)..bila pula Malaysia akan ada PM wanita? Kita pun ada ramai cantik seperti Yingluck!

Pandangan peribadi saya, mungkin lebih baik tidak ada.. (~_^)v

Thursday, August 18, 2011

Baddrol To Join Wigan?

"Wigan have made a surprising trial offer for Baddrol bin Bakhtiar. The Malaysian international currently plays for Kedah FA. The player has excelled in recent years in the Malaysian Premier League, and will earn a trial period at the Latics. According to sources in Malaysia, Bakhtiar is very highly regarded in his homeland. The winger, who can also play up front, is known for his blistering pace and dribbling abilities. Bakhtiar has already spent some time in England, he spent a period with Chelsea at Stamford Bridge for two weeks so is already familiar with the standard of football required in the Premier League. It is understood that Bakhtiar is being considered by Wigan as they consider merchandising opportunities in Malaysia, a market with huge growth potential for the Premier League brand."

Petikan di atas adalah dari artikel sebuah laman web di UK iaitu eyefootball.com

JIKA BENAR, saya ada beberapa ulasan tentang khabar angin ini :-
  1. tahniah kepada anak Kedah, Baddrol Bakhtiar kerana belum pernah anak Malaysia beraksi di Liga Perdana Inggeris..(Titus James Palani yang beraksi di Liga Divisyen Tiga Perancis)
  2. beliau mempunyai masa depan yang cerah bersama Wigan Athletic kerana baru berusia 23 tahun..
  3. setelah bermain bersama Wigan, beliau tidak perlu kembali bermain bersama pasukan tempatan kerana dikhuatiri dicederakan pemain tempatan yang lain ekoran cemburu dengan beliau seperti yang menimpa Akmal Rizal Ahmad Rakhli sekaligus menghalang peluang Baddrol menyarung jersi Harimau Malaya..
  4. tamparan kepada Datuk K. Rajagopal kerana sering menyisihkan Baddrol dari kesebelasan utama skuad Harimau Malaya kerana lebih gemar menggunakan khidmat Amirulhadi Zainal di bahagian sayap..(5 tonggak utama skuad negara, Safee Sali, Asraruddin Putra, Syafiq Rahim, Mahali Jasuli dan Amirul Hadi berasal dari Selangor, negeri K. Rajagopal)
Malaysia vs Taiwan
Namun begitu, kesahihan berita masih belum dapat dipastikan kerana tiada pengesahan rasmi dari Kedah FA, F.A.M mahupun Baddrol sendiri..lagipun, tiada sebarang berita mengenai ini di mana-mana website bola sepak terkenal di UK seperti goal.com, skyport, laman rasmi Wigan sendiri mahupun laman rasmi EPL..eyefootball.com adalah sebuah website yang memaparkan info perpindahan bola sepak di UK dan majoriti pembacanya adalah dari Thailand..bukti keraguan khabar angin tersebut dihuraikan dengan lebih lanjut di entri Badrol Dapat Tawaran Ke Wigan?  website zonbola.com (anda disarankan baca)

Dikatakan bahawa Badrol Bakhtiar dipertimbangkan oleh Wigan kerana mereka menganggap peluang pemasaran di Malaysia mempunyai potensi pertumbuhan yang besar bagi jenama Liga Perdana Barclays..dalam erti kata yang lain, Wigan ingin mengambil peluang untuk memperluaskan jenama mereka di Malaysia yang mempunyai ramai peminat kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris..

Sekiranya khabar angin yang bertiup ini positif, ia bakal menjadi lembaran baru dalam kancah bola sepak Malaysia..tahniah dan semoga maju jaya kepada Baddrol Bakhtiar juga kepada Safee Sali (FC Koln, Jerman), Syafiq Rahim (Persib Bandung, Persija Jakarta, Persiba Balikpapan, Pelita Jaya dan Sriwijaya FC, Indonesia) dan Amirul Hadi (Jepun dan Persib Bandung, Indonesia) yang masing-masing mempunyai cerita tersendiri mengenai isu perpindahan ke kelab luar negara..

"Biar Jasa Jadi Kenangan.." (Our Deeds Shall Be Remembered)

Wednesday, August 17, 2011

Cukuplah Schumi, Zaman Anda Sudah Berlalu

Schumacher
Begitulah keluhan sebilangan besar peminat Michael Schumacher yang mendakwa kembalinya beliau dalam arena Formula One setelah bersara pada 2004 sekadar mahu menjatuhkan maruah dan imej beliau sendiri selaku seorang pelumba lagenda F1..setelah 2 tahun kembali dari persaraan dengan menyertai pasukan Mercedes GP pada 2010, Schumacher masih belum mampu memberi saingan yang sebenar dengan usia beliau yang sudah menjangkau 42 tahun..

Bekas juara dunia 7 kali ini masih bergelut untuk mempamerkan prestasi terbaiknya di samping terpaksa bersaing di litar yang rata-rata dikuasai pelumba muda..pelumba panas baran yang terkenal dengan panggilan Schumi ini juga dijangka bakal mengumumkan persaraannya buat kali ke-2 pada 2012 sebaik sahaja kontraknya dengan Mercedes GP tamat memandangkan beliau tidak dapat menaiki podium walaupun sekali sejak 2 tahun lalu..

Sungguhpun begitu, pemandu-pemandu lain tetap melihat Schumacher sebagai pencabar utama..bagi Fernando Alonso pula, apa yang diperlukan Schumi adalah jentera yang tepat kerana masalah jentera yang tidak stabil sering dilihat sebagai punca kegagalan Schumi mendapat kedudukan yang baik di atas litar..setakat ini, Mercedes masih gagal menghasilkan jentera yang benar-benar dapat memberikan saingan kepada Ferrari, McLaren dan terutama sekali Red Bull..

Selain itu, ramai juga yang berpendapat jika Schumacher berhasrat untuk terus kekal berlumba di F1, mungkin pasukan lamanya Ferrari dapat menyediakan landasan yang tepat bagi pemandu Jerman itu mempamerkan kebolehannya yang sebenar sekaligus membuktikan usia bukan penghalang buat dirinya untuk merangkul gelaran juara dunia ke-8 peribadi..

Pada Jun lalu, Schumacher diundi sebagai Germany's Best Ever Sportsman oleh 56,000 pembaca akhbar Bild di German, mengetepikan 49 lagi personaliti sukan German yang lain antaranya lagenda bola sepak Franz Beckenbauer, pemain tenis Steffi Graf dan pemandu muda F1 Sebastian Vettel..

"Schumi, we trust in you, it's time for the 8th World Champion.."

Tuesday, August 16, 2011

Pilihan Raya Umum DUN Sarawak Ke-10 Tahun 2011

Maaf jika entri agak ketinggalan..namun, tujuan asal entri ini adalah sebagai rujukan peribadi saya pada masa hadapan..bagi yang belum membaca analisis ini mahupun yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut, silakan.. Kunjungan anda di blog ini tidak sia-sia, malah amat dialu-alukan..

Berikut adalah fakta maklumat asas Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10 :-

PENDUDUK SARAWAK: 2,261,800 orang

JUMLAH DEWAN UNDANGAN NEGERI: 71

PENGUNDI : 979,796 (2006: 892,537)
861,423 (biasa) 
18,363 (pos)

JUMLAH PUSAT MENGUNDI : 1,749 (2006: 1,716) 
SEKOLAH : 1,071 (2006: 1,062) 
RUMAH PANJANG : 402 (2006: 396) 
BALAI RAYA : 126 (2006: 125) 
DEWAN : 59 
LAIN-LAIN : 91 (2006: 125)

JUMLAH SALURAN : 2,606 (2006: 2,450)

CALON BERTANDING : PARTI CALON 
BN 71 (2006: 71) 
PKR 49 (2006: 25) 
SNAP 26 (2006: 29) 
DAP 15 (2006: 12) 
PCM 6 PAS 5 (2006: 1) 
BEBAS 41 (2006: 20)
JUMLAH CALON BERTANDING : 213 (2006: 158)

KATEGORI BERTANDING : SATU LAWAN SATU – 27 (2006: 54) 
3 PENJURU – 23 (2006: 12) 
4 PENJURU – 17 (2006: 1) 
5 PENJURU – 2 (2006: 1) 
6 PENJURU – 2

PETUGAS PILIHAN RAYA : 24,379

PENGANGKUTAN: : a. helikopter : 27 (2006:20) 
b. kapal terbang kecil: 2 (2) 
c. kereta & pacuan empat roda: 4,499 (2,257) 
d. perahu: 853 (1,055)

Berikut adalah analisis mengenai jumlah kerusi dan undi yang diperoleh oleh parti serta calon yang bertanding pada pilihan raya negeri Sarawak ke-10 :-

BN memenangi 55 kerusi dengan jumlah keseluruhan 372,379 undi. 

DAP memenangi 12 kerusi dengan jumlah keseluruhan 134,847 undi. 

Parti Keadilan Rakyat memenangi tiga kerusi dengan jumlah keseluruhan 117,100 undi. 

Bebas memenangi satu kerusi dengan 41 calon yang bertanding atas tiket Bebas mendapat jumlah keseluruhan 20,064 undi. 

Sementara itu, tiga parti tidak memenangi sebarang kerusi namun jumlah keseluruhan undi yang dikumpul ialah SNAP 15,663 undi, PAS (9,719 undi) dan Parti Cinta Malaysia (2,895 undi). 

Keputusan terakhir diterima ialah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kakus pada 11 malam. 

Jumlah bilangan keluar mengundi 682,854 orang. 
 
Peratus keluar mengundi 70 peratus. 

Jumlah undi ditolak sebanyak 8,224 undi. 

DUN mendapat undi majoriti tinggi ialah Bukit Assek iaitu 8,827 undi. 

DUN mendapat undi majoriti paling rendah ialah Senadin iaitu 58 undi. 

Jumlah calon yang hilang deposit kerana gagal mendapat satu per lapan daripada jumlah undi keseluruhan ialah 71 calon.

Keseluruhannya, BN memenangi 55 kerusi, DAP (12), PKR (3) dan Bebas (1). Keputusan itu menunjukkan BN kehilangan lapan kerusi, berbanding 63 kerusi yang dimenanginya pada 2006. DAP dan PKR juga menyapu bersih semua lima kerusi di Kuching.

Keputusan (detail) tidak termasuk senarai untuk DUN N17, N26, N33, N46, N58, N59, N60, N61 dan N68..

Keputusan (ringkas) lengkap 71 DUN di Sarawak..

Monday, August 15, 2011

Chong Wei Kalah Kerana Derhaka Misbun

Cukup mengecewakan apabila melihat Datuk Lee Chong Wei tumpas di tangan Lin Dan dalam penentuan yang mengheret ke rubber game..Chong Wei tewas 22-20, 14-21, 23-21..sekalipun sudah berada di match point 20-19 pada set yang ketiga, beliau tidak mampu menahan asakan Lin Dan sebaliknya kesilapan mudah yang dilakukan beliau di hujung perlawanan memberi laluan kepada Lin Dan untuk memintas dan menjuarai Kejohanan Dunia kali ke-4 peribadi..misi Chong Wei untuk meraih kejuaraan sulung Kejohanan Dunia bagi dirinya secara peribadi lebur sekaligus meneruskan kemarau Malaysia untuk meraih kejayaan di Kejohanan Badminton Dunia buat pertama kali..Chong Wei ternyata masih gagal menyaingi kehebatan Super Dan..Daripada 24 rekod pertemuan mereka, Lin Dan menang 16 kali manakala Chong Wei hanya 8 kali..

Lazimnya, kita mendengar sokongan padu daripada seluruh rakyat Malaysia kepada beliau dalam setiap kejohanan yang disertainya..namun, tidak kurang juga yang mengkritik beliau..ada yang menyatakan Chong Wei tidak akan mampu menandingi Lin Dan, ada yang bercakap Chong Wei hanya memegang title sebagai pemain No. 1 dunia kerana banyak menyertai kejohanan dan bukannya kehebatan keseluruhan..mungkin yang itu kita biasa dengar..tetapi bagaimana pula dengan kenyataan bahawa Chong Wei tewas kerana derhaka kepada bekas jurulatihnya, Datuk Misbun Sidek??

Tujuan saya menulis entri kali ini bukanlah mahu memburukkan sesiapa bahkan jauh sekali berniat untuk menabur fitnah..namun, sebagai orang biasa, berita sebegini sampai juga di telinga saya biarpun saya sendiri tidak pasti berita ini benar atau tidak..desas-desus menyatakan Chong Wei tidak mahu lagi berada di bawah Misbun kerana Misbun seorang melayu dan beliau memberi alasan bahawa beliau sudah matang, profesional dan perlu berdikari..sedangkan BAM yang sememangnya dimonopoli kaum cina mahu penglibatan melayu dalam arena badminton lenyap terus..kerana itulah Chong Wei memilih Tey Seu Bock sebagai jurulatih barunya..sama ada beliau memilih atau BAM yang memilih tidak dapat dipastikan..tetapi yang pasti, Chong Wei rela..

Pada mulanya beliau memaklumkan bahawa beliau akan mengikut jejak langkah sifunya yang akan meninggalkan BAM..namun semua itu hanya omong kosong bagi pandangan sesetengah pihak..mana mungkin Lee Chong Wei yang begitu ghairah mengaut kekayaan di arena badminton antarabangsa membuat keputusan sebodoh itu..ya, pandangan itu benar..setelah Chong Wei memenangi kejuaraan terbuka All-England 2011 dengan menumpaskan Lin Dan di bawah kendalian jurulatih sebangsanya itu, beliau mula lupa daratan..beliau mula melupakan Misbun..beliau melupakan jasa gurunya..beliau melupakan budi orang yang mula-mula membawanya ke kancah badminton..beliau lupa segala kejayaan yang dikecapnya bersama Misbun hasil titih peluh Misbun melatih beliau..beliau lupa keringat Misbun melatih beliau sebelum subuh dan selepas subuh..beliau lupa insan yang membawa beliau dari pemain yang tidak ternama kepada pemain No. 5 dunia sebelum beliau dilatih oleh Li Mao..dan setelah bergelar pemain No.2 dunia, Misbun kembali melatih beliau atas permintaan Chong Wei sendiri..

Zulfadli Zulkifli
Sedih apabila mengenangkan nasib Misbun Haji Sidek..semasa bergelar pemain, beliau pernah dikenakan dengan ilmu hitam sehingga tewas di final All-England suatu ketika dulu biarpun jauh meninggalkan lawan dan sudah berada di mata akhir..ketika bergelar jurulatih pula, beliau dibuang begitu saja setelah khidmatnya tidak diperlukan lagi..punca Misbun keluar BAM adalah kerana BAM tidak membenarkan beliau melatih anaknya, Misbun Ramdan bersama Lee Chong Wei..berikutan itu, beliau mula tawar hati dengan BAM..Misbun juga dikatakan tidak senang dengan tindakan BAM yang kurang mengetengahkan bakat-bakat melayu terutamanya dalam pemilihan pemain untuk bermain di kejohanan luar negara..mungkin kerana itulah juara remaja Asia, Zulfadli Zulkifli berkeras tidak mahu menyertai BAM dan lebih rela berada di bawah kendalian bapanya sendiri kerana tidak mahu mengalami nasib yang sama seperti Misbun Haji Sidek..

Tey Seu Bock
Sekarang ini Tey Seu Bock buta-buta mendapat nama atas kejayaan Lee Chong Wei sedangkan yang sekian lama memerah keringat melatih Chong Wei sehingga beliau menjadi pemain profesional adalah Misbun sendiri..itupun masih ada sebilangan golongan cina yang mempertikai gelaran Datuk yang diberikan kepada Misbun..ternyata, segala titik peluh Misbun selama tidak dihargai mereka dan Lee Chong Wei..sungguh mengecewakan..Chong Wei lupa siapa yang menaikkan namanya..lupa siapa yang bersungguh-sungguh melatih beliau..yang memeluk beliau dengan setiap kejayaannya..tidak kira busuk dan kotor peluh..mungkin sudah tiba masanya Misbun melupakan Chong Wei yang derhaka dan mula mencari bakat-bakat muda melayu..ramai yang percaya bakat-bakat melayu masih ramai yang tidak diketengahkan..mungkin kekalahan Lee Chong Wei kali ini adalah kerana derhakanya beliau kepada gurunya..

Jangan dituduh saya seorang yang anti-cina atau cuba meniupkan api perkauman..ini adalah apa yang saya dengar dari mulut masyarakat..sesiapa saja boleh menafikan apa yang tertulis di sini..tetapi, perlu diingat, jika tiada angin, masakan pokok bergoyang..dalam senario negara kita yang perpaduan kaum dilihat seperti di hujung tanduk biarpun sudah lebih 50 tahun merdeka, perkara sebegini tidak mustahil..kepada Datuk Lee Chong Wei, teruskan usaha memburu emas Olimpik..saya tetap menyokong anda ATAS NAMA MALAYSIA..