Sunday, August 21, 2011

Ali Setan Hina Melayu, Perlembagaan, Agong & Kafirkan Kerajaan??

Aduhai, isu sensitif baru pula timbul..Azmil Mustafa atau dahulunya dikenali sebagai Ali Setan dikatakan menghina Melayu, perlembagaan dan Agong serta mengkafirkan kerajaan..benarkah dakwaan tersebut?? Saya sediakan 2 link untuk para pembaca revise kembali pengetahuan saudara tentang isu ini :-

  1. Laporan polis terhadap "ali setan" dan penafian azmil mustapha hina perlembagaan
  2. Panas telinga dengan tazkirah Azmil, Pemuda UMNO Subang buat laporan polis

Para pembaca sekalian..saya nasihatkan kita jaga percakapan kita di bulan Ramadan ni..kebelakangan ini banyak sangat isu berkaitan agama yang timbul..kalimah Allah, larangan baca Al-Quran sebelum subuh, serbuan JAIS dan sebagainya..jangan kita cepat melatah sehingga memaki saudara sesama islam kita anjing babi..bawa bertenang..masalah tidak akan selesai dengan segala makian ini, malah akan lebih memburukkan keadaan..memang isu ini berbau politik, tetapi kita tidak boleh terus tuduh menuduh sesama kita serta menuduh insan lain tanpa usul periksa..

filem Ali Setan
Jangan sesekali kita menghentam peribadi seseorang sepuas hati kita..membuka aib dia semahu-mahunya..haram dalam  islam..kita sendiri tidak pasti perkara ini..kita tidak berada dalam ceramah di masjid itu..kita juga tidak tinggal di kawasan itu..mana mungkin kita boleh bercerita lebih hebat dan lebih tepat tentang perkara ini sedangkan kita sendiri tidak nampak dengan pancaindera kita..kita hanya tahu dari media dan berita..cakap-cakap dari mulut orang yang belum pasti ada benarnya..mungkin juga ditokok tambah..isu sebegini begitu senang untuk dipolitikkan untuk mengeruhkan lagi keadaan..

Memang tidak dinafikan bahawa jika tiada angin masakan pokok bergoyang..tetapi perlu juga kita ingat, jika kita memaki orang lain, menghina orang lain, memfitnah orang lain, bukankah itu juga berdosa?? Jika betul saudara Azmil bersalah, tindakan harus dikenakan terhadapnya, mengapa kita perlu melatah tidak tentu pasal, lebih dari orang yang menuduh dan dituduh..jika kita tidak pasti, lebih baik kita berdiam..kita tunggu perkembangan seterusnya isu ini..jangan sesekali kita senang-senang melontarkan tohmahan dan menambah dosa kita di 10 malam terakhir Ramadan ini..

"Jangan cepat-cepat menuduh orang, kerana belum tentu orang yang dituduh itu bersalah, 
dan belum tentu yang menuduh itu benar.."

No comments:

Post a Comment