Saturday, August 13, 2011

2011: Musim Gemilang Novak Djokovic

Sesetengah pemerhati sukan tenis dunia telah menobatkan Nojak Djokovic sebagai pemain terbaik 2011..beliau merangkul 8 titles dari 9 kejohanan yang disertai setakat ini dan kalah hanya sekali iaitu ketika menentang Roger Federer di semi-final Roland Garros..kekalahan itulah yang menghalang beliau dari melengkapkan koleksi 9 titles dari 9 kejohanan tahun 2011..lebih membanggakan, Djokovic bergelar pemain tenis No. 1 dunia ketika di final Wimbledon sebelum turun menentang Rafael Nadal..pencapaian paling menakjubkan pemain Serbia ini sepanjang tahun 2011 bukanlah bergelar pemain No. 1 dunia mahupun 8 titles yang diraihnya, tetapi kejayaan menewaskan King of Grand Slam, Rafael Nadal dalam semua final yang menemukan mereka sepanjang 2011 ini..Djokovic menumpaskan Nadal dalam final 5 kejohanan berikut :-
  1. BNP Paribas Open (Indian Wells, U.S.A), 4:6 6:3 6:2 
  2. Sony Ericsson Open (Miami, U.S.A), 4:6 6:3 7:6 (7:4)
  3. Madrid Open (Madrid, Spain), 7:5 6:4
  4. Masters Rome (Rome, Italy) 6:4 6:4
  5. Wimbledon (London, Great Britain) 6:4 6:1 1:6 6:3
Namun, dalam 28 rekod pertemuan mereka sepanjang karier, Nadal mengatasi Djokovic dengan 16-12..Roger Federer pula bertemu Djokovic sebanyak 23 kali dengan kelebihan berpihak kepada Federer, 19-6..Djokovic mengatasi Andy Murray dalam 9 pertemuan mereka dengan 6-3..


Sepanjang Ogos ini, Djokovic akan menyertai kejohanan  Davis Cup, Masters Cincinnati dan US Open..semoga berjaya kepada beliau dalam memburu gelaran ke-9 tahun ini dan Grand Slam ke-4 peribadi sepanjang karier..

No comments:

Post a Comment