Sunday, August 14, 2011

Rusuhan di UK vs Perhimpunan Aman BERSIH 2.0 di KL

London Riots
Saya bukan penyokong pembangkang mahupun kerajaan..tetapi sebagai seorang pelajar yang gemar memerhati dan mengambil tahu politik negara, saya terpanggil untuk menilai beberapa isu di Malaysia berdasarkan pemikiran rasional saya..saya sentiasa bersungguh-sungguh dan teliti dalam memastikan segala keputusan, malahan setiap pendapat saya jauh dari lingkungan pemikiran yang bias..
Teresa Kok

Bersumberkan pembacaan saya dari media dalam negara dan luar negara, saya bersetuju dengan pendapat Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh tentang beberapa perbandingan antara rusuhan di UK dengan perhimpunan aman BERSIH 2.0 di KL..saya tidak menafikan bahawa BERSIH 2.0 pimpinan S. Ambiga ini mempunyai pros and cons yang tersendiri di samping agenda tersurat dan tersirat di sebalik penganjurannya..tetapi secara totalnya, saya mengiktiraf BERSIH 2.0 dan melabelkan penganjurannya kali ini berjaya..

Berikut merupakan perbandingan yang dinyatakan beliau di Harakah Daily:
  1. Di UK, rusuhan telah berlaku secara rambang tanpa sebarang agenda yang jelas atau spesifik melainkan menghasilkan suatu keadaan yang kacau-bilau. Di KL, perhimpunan Bersih 2.0 mempunyai matlamat yang jelas dan telah dianjurkan secara terancang. Agenda, tarikh dan waktu bersurai telah dinyatakan secara terus-terang buat pengetahuan pihak kerajaan, PDRM, media dan orang awam dari awal-awal lagi. Penganjur Bersih 2.0 telah menegaskan bahawa perhimpunan mereka adalah perhimpunan yang aman dari mula-mula lagi.
  2. Di UK, beratus-ratusan perniagaan dan orang awam telah disamun oleh perusuh. Kehilangan harta benda dianggarkan bernilai berjuta-juta Sterling Pound. Di KL, tidak ada satu pun laporan kedai  disamun oleh penyokong Bersih 2.0. Sebaliknya, kedai yang buka pada hari itu seperti kedai makan minum mencapai perniagaan yang menguntungkan kerana kehadiran beribuan penyokong Bersih 2.0 di KL.
  3. Di UK, berpuluh-puluh kereta dan bangunan telah dibakar dan dirosakkan oleh perusuh menyebabkan keadaan berasap dan membahayakan keselamatan. Di KL, asap yang wujud berpunca daripada tembakan gas pemedih api oleh pihak Unit Simpanan Persekutuan (Federal Reserve Unit atau FRU) ke atas penyokong BERSIH 2.0 yang berhimpun secara aman. Gas pemedih mata dan meriam air juga ditembak ke kawasan Hospital Tung Shin di mana penyokong Bersih 2.0 cuba berlindung.
  4. Di UK, perusuh memegang senjata seperti pisau, batu dan “molotov cocktail”. Di KL, penyokong Bersih 2.0 tidak bersenjata tetapi sekadar memakai t-shirt kuning yang diharamkan oleh Kementerian Keselamatan Dalam Negeri. Sedangkan t-shirt atau pun warna kuning tidak pernah menggugat keselamatan dalam negeri.
  5. Di UK, perusuh secara aktifnya cuba menyerang dan mencederakan polis. Di KL, penyokong Bersih 2.0 mengelakkan pertembungan dengan PDRM dan FRU. Tindak balas para peserta Bersih 2.0 bersifat pasif dan tidak agresif.
  6. Di UK, pihak polis hanya menahan 1,000 orang walaupun rusuhan telah berlanjutan selama lima hari. Di KL, pihak polis telah menahan lebih daripada 1,600 orang dalam tempoh satu hari sahaja hanya kerana mereka cuba berhimpun di pusat bandar secara aman.

Pendapat dan perbandingan ini berasas serta tidak patut dipandang enteng oleh semua pihak terutamanya pihak kerajaan..hakikatnya, Malaysia dikecam dengan begitu hebat oleh negara luar ekoran tindakannya menangani BERSIH.. 

Cendiakawan barat, James Freeman Clarke mengungkapkan,

"A politician thinks of the next election, a statesman thinks of the next generation.." 
(seorang ahli politik memikirkan pilihan raya berikutnya, seorang negarawan memikirkan generasi berikutnya..)

Renung-renungkan...

No comments:

Post a Comment