Thursday, August 11, 2011

Tazkirah Ramadan oleh Ustaz Ahmad Yahya

Semalam selepas solat tarawih berjemaah, diadakan tazkirah ramadan oleh Ustaz Ahmad Yahya di Masjid Zuhri Semeling..jujur saya katakan, saya tidak mengenali beliau..namun setelah saya balik ke rumah dan memulakan pencarian saya di Google, saya makin mengenali dan mengagumi beliau..sebelum saya ceritakan apa yang saya temukan, mungkin lebih baik saya berkongsi terlebih dahulu serba ringkas tentang tazkirah yang disampaikan beliau..

Tidak banyak yang saya boleh tulis sebenarnya sebab saya tidak mencatat ilmu yang disampaikan beliau..alangkah ruginya...Apa yang masih terngiang-ngiang di ingatan saya ialah:-
  1. Keimanan - beliau mengatakan ada 3 perkara yang menjadikan manusia mulia..pertamanya, jasad..buktinya apabila kita mati jasad kita akan dipanggil dengan perkataan yang baik seperti mayat, jenazah, 'bila hendak dikebumikan', 'bila nak simpan' (bagi loghat utara) keduanya, hati..dan ketiganya keimanan..dalam masyarakat kita, ramai yang tahu pasal agama, tetapi kadangkala diri tidak rasa terpanggil untuk melakukan suruhan dan meninggalkan larangan Allah..beliau membawa kepada kisah pada zaman Nabi, seorang lelaki bertanya kenapa dia tidak berasa tergerak untuk melakukan perkara demikian..nabi menjawab bekas di dalam diri kamu kosong..kosong kerana tiada iman..
  2. 40 kali subuh berjemaah - beliau katakan bahawa jika kita mampu solat subuh berjemaah selama 40 hari berturut-turut, ada ulama' yang mengatakan kita akan masuk ke syurga..katanya, ramadan ialah waktu terbaik untuk merebut peluang itu kerana kita bangun sahur..sesetengah orang tidak mampu bangun untuk solat subuh tetapi boleh bangun jika diajak makan..
  3. 40 kali ulang - sebab itu beliau katakan banyak amalan perlu diulang sebanyak 40 kali..contohnya menghafaz Al-Quran..tahfiz menghafal 1 ayat dengan mengulangnya sebanyak 40 kali..ayat kedua juga 40 kali..kemudian digabungkan ayat 1 dan 2 sebanyak 40 kali..dihafal ayat ketiga 40 kali..dan diulang ayat 1,2 dan 3 juga 40 kali..begitulah seterusnya sehingga khatam hafazan 30 juzuk Al-Quran...subhanallah..wirid katanya dipanggil wirid kerana diulang-ulang..maka, beliau menyeru agar solat berjemaah dijadikan wirid kita..
  4. Baca Al-Quran - dalam satu kajian di Malaysia yang dibacanya, surat khabar bahan bacaan no. 1 di Malaysia..diiukuti bahan bacaan yang lain seperti komik, majalah dan sebagainya..buku ilmiah pula di tempat terakhir..kajian itu membuat kesimpulan, berapa ramai pula yang membaca Al-Quran..beliau mengibaratkan bacaan Al-Quran seperti ibu atau bapa yang menanti anak kecil mereka yang belum boleh berkata-kata menyebut 'mak' atau 'ayah'..katanya begitulah juga Allah rindukan suara kita membaca Al-Quran..begitu cantiknya perumpaan ini..
  5. Tanggapan - orang Melayu selalu mudah bertanggapan buruk..misalnya anak muda yang sembahyang memakai seluar jeans.."entah berapa lama tak basuh seluar tu"..beliau membidas, "habis tu karpet masjid ni dibasuh setiap hari?" begitu juga India yang baru memeluk Islam..apabila dia masuk ke masjid dengan azam baru sebagai muslim, dilontarkan kepadanya, "Hindu mana masuk masjid cari biawak ni"..umat Islam Melayu perlu lebih terbuka dan peka kepada perkara sebegini..barulah masyarakat mendekati masjid..
  6. Menghormati - orang tua perlu menghormati orang muda dan begitulah sebaliknya..orang tua perlu memandang mulia pada yang muda itu kerana masa muda dahulu mereka tidak mampu jadi seperti dia datang ke masjid..orang muda juga perlu memandang mulia pada yang tua, mudah-mudahan masa tua nanti mereka lekat di masjid seperti orang tua itu..
  7. Puasa 6 - orang melayu terlalu terikat bahawa puasa 6 di bulan syawal wajib dimulakan pada hari raya kedua dan mesti berturut-turut..padahal Islam tidak pernah menyekat sehingga sebegitu rupa..amalan sedemikian katanya tidak bagus kerana hanya mementingkan hubungan dengan Allah sedangkan hubungan sesama manusia terabai..contohnya, jika terikat dengan puasa 6 sejak hari raya kedua, anak cucu hendak ziarah pun jadi tidak berapa seronok..jika ada jemputan rumah terbuka pula tidak dapat pergi..malah menyalahkan orang lain pula kerana mengadakan rumah terbuka terlalu awal seperti yang berlaku kepada Ustaz Azizan, Menteri Besar Kedah..
Begitulah sedikit sebanyak yang boleh saya kongsi bersama..jika ada yang tersalah saya mengalukan segala teguran dan pembetulan..tentunya ianya dari kelemahan saya yang silap mendengar mahupun memahami..

Rupa-rupanya, Ustaz Ahmad Yahya merupakan Ketua Pemuda Pas Kedah..terkejut besar saya..orangnya begitu sederhana dan lebih hebat lagi beliau langsung tidak menyentuh tentang politik sepanjang tazkirahnya, apatah lagi hendak mengutuk atau mengata orang lain biarpun dia orang besar dalam pimpinan Pas Kedah..jauh berbeza dengan segelintir penceramah Pas yang lain..itu pandangan ikhlas saya secara peribadi..

Saya juga turut berbangga kerana dalam tidak sedar saya pernah membaca sebuah buku tulisan beliau iaitu "Keagungan Tamadun Islam: Sejarah Yang Digelapkan"..buku yang saya beli 2 tahun lepas di kedai buku dalam Hentian Pudu itu rupanya hasil tulisan beliau..sungguh tidak disangka-sangka..sesungguhnya segala urusan kita di dunia ini sudah pun diaturkan Allah S.W.T...segala pertemuan itu telah ditentukanNya..tidak ada yang mustahil jika semua itu ditakdirkan Allah Azzawajalla...

Sekian buat kali ini..azan subuh telah berkumandang....
                                                                                         Wassalam...

No comments:

Post a Comment