Friday, August 26, 2011

Kaki Movie, Kaki Download, Kaki Delete

Aidilfitri ini banyak filem-filem menarik akan ditayangkan di saluran televisyen Malaysia sama ada Astro, TV9, TV3 ataupun TV2..senario biasa macam Aldilfitri yang lepas-lepas..cuma sebelum-sebelum ini, aku memang ternanti-nanti filem yang akan ditayangkan di televisyen sebab inilah satu-satunya peluang aku menonton filem-filem Malaysia..aku tak pernah pergi menonton wayang..vcd player pun tak ada di rumah..nak pasang Astro apatah lagi..tapi, sejak aku dah beli laptop semasa aku di universiti dahulu, aku tak tunggu dah depan televisyen time raya..sebab semua filem yang nak tayang di televisyen aku dah tengok di laptop..kaki movie la katakan..

Aku juga kaki download dan kaki delete..aku suka download movie sendiri berbanding copy dari orang lain..dan aku juga suka delete apabila movie yang aku tengok tu tak best..banyak juga la member yang bengang dengan sikap delete aku tu..haha..apa boleh buat..aku macam terkena sumpahan..dulu, ada seorang member aku yang species dengan aku..tapi aku masa tu belum lagi jadi macam ni..baru berjinak dengan dunia menonton filem..belum digelar kaki movie, kaki download atau kaki delete lagi..sepanjang aku berkawan dengan dia, memang dia suka tengok movie, download movie sendiri, dan delete movie yang dia dah tengok sebelum bagi orang lain copy..

Tak lama lepas tu, aku pun beli external hard disk..aku makin arif tentang selok belok movie ni..cara download..hafal nama pelakon, pengarah, penerbit, sekuel-sekuel filem dan banyak lagi benda tentang movie..banyak aku belajar sebelum aku mengatasi kawan-kawan lain yang sebelum tu menghina aku pasal buta tentang filem English..ada yang kata, "awat hang pulun sangat tengok movie, kat rumah tak tengok Astro ka?" mereka ingat aku ni anak orang kaya macam mereka agaknya..

Berbalik kepada member aku tadi, aku bengang gila dengan dia, dan rasa dia bodoh sangat bila dia delete movie yang dia dah tengok..sama ada dia bagi orang lain copy tu lain cerita..tapi aku rasa lagi bodoh bila dah penat-penat tunggu habis download, tengok movie tu, then delete macam tu saja..memang ramai geram dengan dia..lepas tu saja, aku pun jarang dah copy movie dari dia..aku lebih gemar download sendiri..dan kini, setelah 2 tahun aku berkecimpung dalam dunia cetak rompak ni, aku seperti mula faham dan secara tidak sedar, aku sudah pun mengikut jejak langkah dia..akhirnya, aku adalah species macam dia..sesiapa saja jika sudah berada pada tahap seperti kami, akan melakukan perkara yang sama..

6 daripada 7 filem yang akan ditayangkan di televisyen sepanjang raya ni aku dah tengok kecuali Nur Kasih The Movie..sebab time movie ni tayang di pawagam, aku tak tengok..aku pergi ke pawagam, tapi aku menonton Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides..next week lepas tu pula exam..habis exam pula, terus balik rumah..di rumah, internet slow..so, kerja mendownload terhenti selam 3 bulan..bagai pucuk dicita, ulam mendatang apabila filem ini akan diyangkan di TV3 pada 31 Ogos nanti..aku mesti tengok!!

Magika
filem ni bagi aku tak la best sangat..tapi filem ni dapat anugerah filem terbaik dalam Festivel Filem Malaysia..mungkin sebab unsur-unsur cerita dongeng Melayu yang diterapkan rasanya..namun, kenangan aku tentang filem ni adalah lagunya..aku minat 2 lagu dari filem ni iaitu Tidur Dahulu dan Kehilangan..lagu Tidur Dahulu ni aku dengar hampir 2 minggu setiap kali sebelum aku tidur..lagunya menarik tapi sungguh mengantukkan..sebab 2 aku gunakan untuk memudahkan aku tidur (selain doa sebelum tidur)..

Ngangkung
tiada apa yang menarik bagi aku dalam filem ini kecuali dialog ''biskut bertemu marrie''..aku agak pelik kenapa filem ini mampu mengaut kutipan sehingga RM 8.18 juta..mungkin sebab penampilan Shaheizy Sam..tapi apa nak kata..itu rezeki Ismail Bob Hashim..

Lu Pikirlah Sendiri de Movie
filem inilah yang menyebabkan Nabil mengeluarkan satu kenyataan kontroversi sehingga beliau kekehilangan sejumlah peminatnya..tak kisah la..saya memang tak minat Nabil dan filem ni pun bagi saya tak best..kalau bukan kerana Puteri Sarah Lyana, saya tak akan menonton filem ni sampai habis..

Nur Kasih The Movie
aku tengok drama Nur Kasih dalam masa 3 hari..full 26 episod..aku copy dari kawan aku..aku habis tengok sehari sebelum aku final exam untuk short sem..agak gila la..semua tu kerana penangan filem Nur Kasih The Movie yang baru keluar ketika tu..first, aku tertarik dengan lagu Nur Kasih..second, jalan cerita dia betul-betul kena dengan realiti masyarakat kampung..tak macam drama Melayu yang lain..third, cinematography drama arahan Kabir Bhatia ni menarik sangat-sangat..fourth, aku sedih tengok hajat Aidil untuk menikah dengan Nur Amina tidak kesampaian..namun, dia patuh keputusan ayahnya dan sanggup berkorban demi adiknya, Adam..aku harap sangat filem ni mencapai kutipan melebihi RM 10 juta..tapi, nampaknya hajat aku pula yang tidak kesampaian..huhu..

Adnan Sempit
filem ni bagi aku biasa saja walaupun sering diagung-agungkan Ahmad Idham..filem pertama Shaheizy Sam jadi hero..aku sebenarnya jemu dengan tema remp-it yang sering dibawakan Ahmad Idham..nampak seperti tidak berkembang idea filem arahan bekas pelakon yang dulunya amat saya minati ini..tapi bila saya tengok buat kali kedua, kita ok juga la jalan ceritanya..mudah dihadam dan tidak terlalu mengarut..Shaheizy bagaimanapun lebih sesuai dengan watak penjahat dengan wajahnya yang bengis itu..apa-apa pun, dialog yang paling saya suka ialah, "gua nampak li kecik besar kecik besar ja!" stail dan sempoi...

Setem
ermmm..no comment..secara peribadi, tak ada apa-apa yang menarik dalam filem arahan Kabir Bhatia ni..penat aku tunggu filem ni nak habis..

V3: Samseng Jalanan
filem pertama arahan Farid Kamil..not bad..jalan cerita ok..ending kurang sikit la..tapi banyak lagi elemen gangster dan jookie yang menarik..paling sempoi bila Farid Kamil dengan Bront Palarae guna loghat Kedah..memang kaw-kaw punya la..baru la nampak real penggunaannya bila digunakan orang Kedah sendiri..bukan macam filem Cun..tak jadi sangat gaya Remy Ishak menggunakan loghat Kedah..hancuss..apa pun, nice try kepada Remy dalam Cun..aku agak terkejut bila dengar dan tengok Farid Kamil mencarut dalam filem tu..tergamam aku time tu..berani gila dia mencarut dalam filem dia..selalunya mesti dah kena potong dengan Finas punya..tapi yang aku tengok tu tak kena potong pun..dapat RM 3.88 juta kira ok la..

No comments:

Post a Comment