Wednesday, August 17, 2011

Cukuplah Schumi, Zaman Anda Sudah Berlalu

Schumacher
Begitulah keluhan sebilangan besar peminat Michael Schumacher yang mendakwa kembalinya beliau dalam arena Formula One setelah bersara pada 2004 sekadar mahu menjatuhkan maruah dan imej beliau sendiri selaku seorang pelumba lagenda F1..setelah 2 tahun kembali dari persaraan dengan menyertai pasukan Mercedes GP pada 2010, Schumacher masih belum mampu memberi saingan yang sebenar dengan usia beliau yang sudah menjangkau 42 tahun..

Bekas juara dunia 7 kali ini masih bergelut untuk mempamerkan prestasi terbaiknya di samping terpaksa bersaing di litar yang rata-rata dikuasai pelumba muda..pelumba panas baran yang terkenal dengan panggilan Schumi ini juga dijangka bakal mengumumkan persaraannya buat kali ke-2 pada 2012 sebaik sahaja kontraknya dengan Mercedes GP tamat memandangkan beliau tidak dapat menaiki podium walaupun sekali sejak 2 tahun lalu..

Sungguhpun begitu, pemandu-pemandu lain tetap melihat Schumacher sebagai pencabar utama..bagi Fernando Alonso pula, apa yang diperlukan Schumi adalah jentera yang tepat kerana masalah jentera yang tidak stabil sering dilihat sebagai punca kegagalan Schumi mendapat kedudukan yang baik di atas litar..setakat ini, Mercedes masih gagal menghasilkan jentera yang benar-benar dapat memberikan saingan kepada Ferrari, McLaren dan terutama sekali Red Bull..

Selain itu, ramai juga yang berpendapat jika Schumacher berhasrat untuk terus kekal berlumba di F1, mungkin pasukan lamanya Ferrari dapat menyediakan landasan yang tepat bagi pemandu Jerman itu mempamerkan kebolehannya yang sebenar sekaligus membuktikan usia bukan penghalang buat dirinya untuk merangkul gelaran juara dunia ke-8 peribadi..

Pada Jun lalu, Schumacher diundi sebagai Germany's Best Ever Sportsman oleh 56,000 pembaca akhbar Bild di German, mengetepikan 49 lagi personaliti sukan German yang lain antaranya lagenda bola sepak Franz Beckenbauer, pemain tenis Steffi Graf dan pemandu muda F1 Sebastian Vettel..

"Schumi, we trust in you, it's time for the 8th World Champion.."

No comments:

Post a Comment