Saturday, August 6, 2011

Novel Lutfiah Bermakna Bagiku

Aku baru selesai membaca novel Lutfiah karya A.Rahmad tepat jam 5 pagi tadi..aku tersenyum puas setelah menikmati karya itu..karya globalisasi..percantuman 2 unsur budaya berbeza dari rumpun bangsa yang sama..jejaka dari Maccasar, Cape Town dan gadis dari Sik, Kedah yang bertemu di University of Manchester..

Beliau menyelitkan kehidupan masyarakat desa yang serba kekurangan..serta golongan kaya yang ego lagi sombong..elemen cinta hanya sekadar pintu kepada persoalan yang lebih luas iaitu kehidupan masyarakat Melayu seharian yang dibawa oleh watak-watak yang begitu hidup..tidak rugi aku membaca..rasa teringin pula membaca karya-karyanya yang lain..dalam tak sedar, rupanya aku hanya membaca novel ini setelah 8 tahun novel ini aku peroleh dari ayahku pada tahun 2003..

Namun, siapa sangka A. Rahmad, penulis jelapang padi ini telah kembali ke rahmatullah pada 6 Julai 2006..Al-fatihah untuk beliau..aku ingin juga jadi sepertinya..menyumbang ilmu untuk bangsa melalui penulisan..biarpun bukan dalam bentuk novel, tetapi bahan-bahan ilmiah yang lain..namun aku perlu terus membaca dan menimba ilmu sebanyak mungkin..Bak kata HAMKA,

"Jika seseorang telah mencapai tahap membaca yang tinggi, 
secara semulajadi akan terpanggil memindahkan ilmu pengetahuan
yang didapatinya dalam bentuk penulisan"

Namun,catatan ringkas ini pastinya langkah awalku ke dunia penulisan...

No comments:

Post a Comment