Wednesday, August 3, 2011

Sekuntum Senyuman Penyejuk Hati


senyuman ikhlas
Pak guard di IPT aku bagus dalam soal kawal keluar masuk pelajar dari kampus..check matric card semua tu..tapi, yang aku tak berkenan ialah mereka kurang budi bahasa..aku yakin sebilangan besar rakan-rakanku yang lain bependapat sedemikian..sekuntum senyuman terlalu berat bagi mereka..sebaliknya gemar bermasam muka..sedangkan hanya 16 otot diperlukan untuk senyum berbanding 43 otot jika masam muka..

Kelihatannya, mereka ingin menunjuk-nunjuk bahawa mereka tegas dan begitu berwibawa..tapi hakikatnya sangat tidak kena dengan tempatnya..rata-rata mahasiswa membenci, mengutuk dan berkongsi rasa tidak puas hati mereka..pak guard sepatutnya bertindak lebih matang dalam berurusan dengan mahasiswa yang kian dewasa..mahasiswa mana sekalipun tidak ingin dilayan seperti banduan penjara..dalam situasi sebegini, nilai hormat-menghormati begitu ditagih dari kedua-dua belah pihak..

Namun, terdapat juga 2,3 orang pak guard yang tak lokek senyuman malah mesra menyapa para pelajar..alhamdulillah, sejuk hati..cukup berhemah dan bertatasusila..tak ada ruginya jika kita menghormati orang lain dan berbudi bahasa..ia sedikitpun tidak merendahkan maruah kita sebaliknya mengangkat martabat kita sebagai insan yang mulia..ingatlah, setiap senyuman itu adalah sedekah..


Renungilah ungkapan ini...

"Today, give a stranger one of your smiles.
It might be the only sunshine he sees all day"



No comments:

Post a Comment