Aku paling suka bila dapat sampul duit raya dari sanak saudara..hampir semua sanak saudara akan beri sampul duit raya..jarang sangat la yang beri duit dengan tangan saja..mesti akan ada sampul punya..yang tu yang aku tunggu-tunggu sangat tu..sampul duit raya, bukan duit raya..aku suka sampul duit raya dari sanak saudara sebab almost all of them menarik..cantik-cantik belaka..tidak kira panjang atau pendek..macam-macam jenis bank ada..sampul yang mereka beri jauh lebih cantik dari yang dapat dari rumah ke rumah dan yang aku kutip masa berjalan kutip duit raya tu..


Kegilaan aku pada sampul duit raya sehinggakan aku kutip sampul-sampul yang budak-budak lain buang lepas mereka ambil duit di dalamnya..ada yang dah hampir dengan longkang air acar pun aku kutip lagi..lap-lap dengan tisu adik aku..yang dah dipijak dan ada bekas batu tar di permukaan sampul pun aku kutip juga, asalkan tak rosak sangat..pernah juga aku jumpa sampul yang di dalamnya ada lagi duit..mungkin tercicir dari kocek budak-budak berkumpulan tu..2 ringgit kalau tak silap aku..sampul ketot warna kuning..
Aku ingat lagi tempat aku jumpa sampul tu..aku ambil sampul tu dengan duit-duitnya sekali..waktu tu aku jahil bahawa duit yang kita jumpa tidak boleh diambil sewenang-wenangnya..aduhai...tapi aku paling kecewa bila sampul yang aku jumpa itu sudak terkoyak rabak dek kerakusan budak-budak yang hanya berminat pada duit raya semata-mata tanpa mempedulikan kecantikan sesuatu sampul raya itu..lebih malang bila sampul raya itu sangat cantik..geram yang teramat sangat..begitu juga dengan sepupu-sepupu yang gemar mengoyak sampul duit raya untuk diambil wang sahaja..


Kini, setelah lebih 10 tahun, khazanah itu masih kekal sehingga hari ini..biarpun koleksi sampul-sampul duit raya ini tidak sesegar, tidak seindah, tidak secantik dan tidak sebanyak dulu, tetapi ia masih lagi wujud untuk aku tatap dan mengimbau kenangan aku ketika masih kanak-kanak..tidak mengapalah jika keluarga aku ingin menggunakannya untuk tujuan yang baik, asalkan jangan dikoyak-koyak koleksi berharga aku itu..perit sangat untuk aku terima..
Begitulah kisahnya "Saya Cintakan Sampul Duit Raya, Bukan Duit Raya"
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Dan Batin dari saya dan keluarga...
No comments:
Post a Comment