Friday, August 12, 2011

Safee Sali Kesuntukan Masa

Safee Sali
Safee Sali sememangnya seorang penyerang berbisa..tidak hairanlah jika beliau dianggap sebagai jelmaan Allahyarham Mokhtar Dahari..segar dengan kejayaan menjulang Piala AFF Suzuki bersama Harimau Malaya setelah menewaskan Indonesia dengan agregat 4-2, rezeki dan populariti Safee Sali kian mencurah-curah apabila beliau ditawarkan kontrak dari 4 kelab bola sepak luar negara..difahamkan 3 dari Indonesia dan 1 dari Vietnam..beliau memutuskan untuk bermain bersama Kelab Pelita Jaya, Indonesia sekaligus menjadi pemain negara pertama beraksi di Liga Super Indonesia (ISL)..

Kini, Safee Sali mendedahkan pula, ada kelab dari Bundesliga German yang berminat mendapatkan khidmat beliau..biarpun tawaran itu masih diperingkat awal, namun ini membuktikan bahawa beliau laku dan mendapat perhatian pasukan di luar Asia Tenggara..sumber yang tidak rasmi mendakwa, kelab yang dimaksudkan adalah FC Koln, kelab di mana penyerang atau sayap pasukan Geman, Lucas Podolski beraksi..jika khabar ini benar, Safee bakal pemain kedua Malaysia yang bermain di Bundesliga Jerman selepas Lim Teong Kim yang mewakili kelab Hertha Berlin..

Persoalannya kini, ramai yang memuja beliau kerana kelincahan beliau di atas padang, namun tidak ramai yang mula bimbang dengan masa depan Safee Sali memandangkan usia beliau sudah menjangkau 27 tahun..kerisauan ini berasas jika dilihat tahap umur yang sesuai untuk seorang pemain bola sepak Asia Tenggara berbanding Eropah dan Amerika..umur sekitar 25 tahun dikatakan masa yang paling ideal untuk seorang pemain bola sepak Asia Tenggara membina zaman kegemilangan mereka..

Berbeza bagi seorang pemain bola sepak Eropah mahupun Amerika Selatan, umur 28 merupakan zaman kemuncak membina karier bola sepak mereka..jika dilihat pada Amri Yahyah, Akmal Rizal, Indra Putra dan Bambang Pamungkas yang kini berumur dalam lingkungan 29-31, kenyataan ini ada benarnya..sedangkan Steven Gerrard, Frank Lampard dan Nicolas Anelka serta ramai lagi, dalam usia 30-an, mereka makin hebat beraksi..jauh berbeza dengan pemain Malaysia apabila menjangkau usia 30-an..mereka mula semput dan tidak dapat bermain full time kerana cepat keletihan..

Saya sama sekali tidak berniat mengutuk atau menghina pemain Malaysia mahupun Asia Tenggara, tetapi itulah hakikatnya..jauh sekali cuba merendah-rendahkan atau memburuk-burukkan nama Safee Sali yang begitu menyinar dalam arena bola sepak negara..saya begitu mengagumi dan menyanjungi beliau..kelibat beliau dalam setiap penampilan bersama skuad Harimau Malaya sangat dinanti saya dan peminat bola sepak tanah air..

Harapan saya agar beliau terus menyinar dan kembali memartabatkan maruah bola sepak Malaysia..jika Safee benar-benar akan beraksi dalam kancah Bundesliga, saya antara insan yang paling gembira..pada masa yang sama, saya juga begitu berharap agar usia dan kecederaan tidak mematahkan karier beliau dalam masa 2-3 tahun akan datang..begitu juga kepada Norshahrul Idlan Talaha, Zaquan Adha dan Khyril Muhymeen..khidmat dan sumbangan anda begitu ditagih ketika ini..

 "Selamat maju jaya buat Safee Sali dan rakan-rakan..."

No comments:

Post a Comment