Tuesday, August 9, 2011

2011: Pirates vs Transformers vs Harry Potter

Tahun 2011-2012 merupakan tahun filem sekuel..Harry Potter and the Deathly Hallows Part 2 dan Transformers: Dark of the Moon serta Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides sememangnya 3 franchise filem yang paling berjaya bagi tahun 2011..ketiga-tiga filem ini menduduki ranking top 10 highest grossing film worldwide setelah masing-masing memperoleh kutipan melebihi 1 billion dollar..selain Pirates of the Caribbean, Transformers dan Harry Potter, filem-filem sekuel lain yang telah dan akan ditayangkan sepanjang tahun 2011-2012 antaranya Fast Five, Kung Fu Panda 2, X Men: First Class, Rise of the Planet of the Apes, Mission: Impossible - Ghost Protocol, Sherlock Holmes: A Game of Shadows, The Dark Knight Rises, The Bourne Legacy dan The Wolverine..

Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides pastinya dinanti-nanti peminat Captain Jack Sparrow setelah franchise terbaru ini diambil alih pengarah baru, Rob Marshall selain kehadiran Penelope Cruz dan Ian McShane sebagai pelakon baru..sebelum itu, pengarah asal, Gore Verbenski memutuskan bahawa Pirates of the Caribbean: At World's End merupakan franchise terakhir Pirates of the Caribbean..biarpun tidak menampilkan Keira Knightley dan Orlando Bloom seperti franchise sebelumnya, Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides masih mampu memungut kutipan keseluruhan $1,037.1, tiga tangga di belakang franchise kedua, Pirates of the Caribbean: Dead Man's Chest..

Transformers: Dark of the Moon mula ditayangkan pada 29 Jun merupakan sekuel kepada Transformers dan Transformers: Revenge of the Fallen..meskipun Megan Fox tidak lagi berlakon dalam franchise ini, watak sebagai kekasih Sam Witwicky diambil alih oleh Rosie Huntington-Whiteley yang tidak kurang 'seksa'nya..biarpun dikritik hebat kerana jalan cerita yang goyah dan penggunaan semula video klip filem lama iaitu The Island yang juga arahan pengarah Michael Bay, kecanggihan teknologi yang dipamerkan dalam filem ini berjaya memukau penonton dan mengangkat filem ini kepada filem ke-10 berjaya meraih kutipan melebihi 1 billion dollar dengan jumlah keseluruhan $1037.7 setakat ini sekaligus merupakan franchise terbaik Transformers..ia dijangka mampu memintas kedudukan Pirates of the Caribbean: Dead Man's Chest..

Harry Potter and Deathly Hallows Part 2 bolehlah dikatakan top movie of the year dengan kutipan keseluruhan setakat ini $1133.9 dan baru memintas The Lord of the Rings: The Return of the King biarpun tempoh tayangannya belum mencecah 1 bulan..namun dilihat tidak kesampaian untuk menenggelamkan filem Titanic untuk kali kedua..franchise terakhir ini merupakan franchise terbaik dalam siri Harry Potter yang diadaptasi dari novel tulisan J.K Rowling berdasarkan kutipan dan rating yang diberikan..filem arahan David Yates ini memaparkan jalan cerita yang kukuh dan ending yang memuaskan..tayangan selama 2 jam 10 minit ini merupakan tayangan terpendek berbanding franchise sebelumnya..filem lakonan Daniel Radcliffe, Emma Watson dan Rupert Grint ini menamatkan fenomena Harry Potter selama lebih 14 tahun..

No comments:

Post a Comment