Thursday, August 18, 2011

Baddrol To Join Wigan?

"Wigan have made a surprising trial offer for Baddrol bin Bakhtiar. The Malaysian international currently plays for Kedah FA. The player has excelled in recent years in the Malaysian Premier League, and will earn a trial period at the Latics. According to sources in Malaysia, Bakhtiar is very highly regarded in his homeland. The winger, who can also play up front, is known for his blistering pace and dribbling abilities. Bakhtiar has already spent some time in England, he spent a period with Chelsea at Stamford Bridge for two weeks so is already familiar with the standard of football required in the Premier League. It is understood that Bakhtiar is being considered by Wigan as they consider merchandising opportunities in Malaysia, a market with huge growth potential for the Premier League brand."

Petikan di atas adalah dari artikel sebuah laman web di UK iaitu eyefootball.com

JIKA BENAR, saya ada beberapa ulasan tentang khabar angin ini :-
  1. tahniah kepada anak Kedah, Baddrol Bakhtiar kerana belum pernah anak Malaysia beraksi di Liga Perdana Inggeris..(Titus James Palani yang beraksi di Liga Divisyen Tiga Perancis)
  2. beliau mempunyai masa depan yang cerah bersama Wigan Athletic kerana baru berusia 23 tahun..
  3. setelah bermain bersama Wigan, beliau tidak perlu kembali bermain bersama pasukan tempatan kerana dikhuatiri dicederakan pemain tempatan yang lain ekoran cemburu dengan beliau seperti yang menimpa Akmal Rizal Ahmad Rakhli sekaligus menghalang peluang Baddrol menyarung jersi Harimau Malaya..
  4. tamparan kepada Datuk K. Rajagopal kerana sering menyisihkan Baddrol dari kesebelasan utama skuad Harimau Malaya kerana lebih gemar menggunakan khidmat Amirulhadi Zainal di bahagian sayap..(5 tonggak utama skuad negara, Safee Sali, Asraruddin Putra, Syafiq Rahim, Mahali Jasuli dan Amirul Hadi berasal dari Selangor, negeri K. Rajagopal)
Malaysia vs Taiwan
Namun begitu, kesahihan berita masih belum dapat dipastikan kerana tiada pengesahan rasmi dari Kedah FA, F.A.M mahupun Baddrol sendiri..lagipun, tiada sebarang berita mengenai ini di mana-mana website bola sepak terkenal di UK seperti goal.com, skyport, laman rasmi Wigan sendiri mahupun laman rasmi EPL..eyefootball.com adalah sebuah website yang memaparkan info perpindahan bola sepak di UK dan majoriti pembacanya adalah dari Thailand..bukti keraguan khabar angin tersebut dihuraikan dengan lebih lanjut di entri Badrol Dapat Tawaran Ke Wigan?  website zonbola.com (anda disarankan baca)

Dikatakan bahawa Badrol Bakhtiar dipertimbangkan oleh Wigan kerana mereka menganggap peluang pemasaran di Malaysia mempunyai potensi pertumbuhan yang besar bagi jenama Liga Perdana Barclays..dalam erti kata yang lain, Wigan ingin mengambil peluang untuk memperluaskan jenama mereka di Malaysia yang mempunyai ramai peminat kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris..

Sekiranya khabar angin yang bertiup ini positif, ia bakal menjadi lembaran baru dalam kancah bola sepak Malaysia..tahniah dan semoga maju jaya kepada Baddrol Bakhtiar juga kepada Safee Sali (FC Koln, Jerman), Syafiq Rahim (Persib Bandung, Persija Jakarta, Persiba Balikpapan, Pelita Jaya dan Sriwijaya FC, Indonesia) dan Amirul Hadi (Jepun dan Persib Bandung, Indonesia) yang masing-masing mempunyai cerita tersendiri mengenai isu perpindahan ke kelab luar negara..

"Biar Jasa Jadi Kenangan.." (Our Deeds Shall Be Remembered)

No comments:

Post a Comment