Sunday, August 7, 2011

Soundtrack Pirates of the Caribbean

Pirates of the Caribbean
Soundtrack filem Pirates of the Caribbean adalah soundtrack yang paling saya minati..kesemua complete score bagi franchise POTC telah saya download..bermula dari POTC: The Curse of the Black Pearl hinggalah ke POTC: On Stranger Tides..bagi saya, soundtrack filem ini terlalu unik..komposernya ialah Hans Zimmer dan Klaus Badelt..Hans Zimmer seorang komposer tersohor di Hollywood..berbangsa Jerman bukannya Yahudi seperti kebanyakan komposer di sana seperti Danny Elfman dan James Horner..beliau tersenarai dalam 100 Living Geniuses dalam akhbar The Daily Telegraph,UK iaitu di tangga ke-72..

Hans Zimmer
Berbalik pada soundtrack POTC: The Curse of the Black Pearl, setelah beberapa lama saya mendengar lagu itu, saya tertanya-tanya kenapa komposer soundtrack franchise pertama (POTC: The Curse of the Black Pearl) iaitu Klaus Badelt tidak terus diberikan mandat oleh producer Jerry Bruckheimer untuk franchise yang seterusnya (POTC: Dead Man's Chest, POTC: At World's End dan POTC: On Stranger Tides)??

Pada mulanya saya menyagka bahawa Zimmer tidaklah sehebat mana kerana hanya mengambil karya asal milik Badelt dari franchise pertama dan kemudian digubah-gubahnya untuk franchise yang seterusnya..kehebatan soundtracks itu tentulah bermula dari Badelt yang mula-mula sekali mencipta soundtrack asal bagi filem itu dari ilhamnya sendiri..sedangkan Zimmer sekadar mengambil hasil karya Badelt yang kreatif, dan kemudiannya menggunakan daya inovatif milik beliau untuk digubah lagu asal itu untuk franchise berikutnya..ini sangat tidak adil sama sekali..karya asal itu dicipta Badelt, tetapi Zimmer yang menggubah karya asal itu pula yang disanjung-sanjung kehebatannya dan terus diberi mandat mencipta soundtrack sehingga franchise terkini..

Klaus Badelt
Namun, sangkaan awal saya itu meleset sama sekali..setelah diGoogle dan diYahoo, kebenaran yang sebenar akhirnya terungkai..pada awalnya, Alan Silvestri telah diambil untuk mencipta soundtrack filem tersebut..namun ketidakserasian kreativiti antara Silvestri dan producer Jerry Bruckheimer telah memaksa beliau berundur dari tugas itu..kemudian, pengarah Gore Verbinski mempelawa Hans Zimmer yang pernah bekerjasama dengannya sebelum ini..Zimmer menolak kerana beliau sedang sibuk mencipta soundtrack filem The Last Samurai lakonan Tom Cruise..dan kononnya beliau telah berjanji tidak akan mengambil mana-mana tugasan lain..sebaliknya beliau mencadangkan seorang komposer muda yang juga berbangsa Jerman iaitu Klaus Badelt..Walaubagaimanapun, Hans Zimmer akhirnya bekerjasama dengan Klaus Badelt mencipta soundtrack teras filem itu..7 komposer lain terpaksa dipanggil bagi mengorkestrakan lagu dan menyiapkan soundtrack selebihnya termasuk Steve Jablonsky (komposer soundtrack Transformers) kerana perlu disiapkan dalam masa 3 minggu..akhirnya soundtrack sejumlah 43 minit itu pun diterbitkan dan Badelt dikreditkan sebagai komposer..

Begitulah cerita sebenarnya..sejak dari itu, saya makin mengagumi Hans Zimmer kerana tidak tamak, memberi peluang kepada komposer muda, dan berjaya menandingi kehebatan komposer-komposer terkenal Hollywood yang kebanyakannya berbangsa Yahudi..setelah diamati soundtracks untuk franchise berikutnya yang ditulis sepenuhnya oleh Zimmer lebih mantap berbanding soundtrack franchise pertama..

Antara soundtrack yang diciptanya adalah bagi filem The Rock, Mission: Impossible 2,Gladiator, Pearl Harbor, The Last Samurai, Madagascar, The Dark Knight, Kung Fu Panda, Sherlock Holmes dan Inception..

No comments:

Post a Comment