Friday, August 5, 2011

Semoga Ustaz Azizan Segera Sembuh

Ustaz Azizan
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk menjalani pemeriksaan jantung pada 29 Julai lepas..Ustaz Azizan sangat kuat bekerja sehinggakan tidak berpeluang berehat..beliau banyak memikirkan urusan pentadbiran dan tidak pernah mengambil cuti sejak setahun lalu..dahulunya, beliau berjaga sehingga jam 1.00 atau 2.00 pagi, tetapi akibat terlalu letih, Ustaz Azizan terpaksa menukar rutin tidur..beliau tidur selepas maghrib dan akan bangun pula pada jam 9.30 atau 10.00 malam untuk berbincang dengan setiausaha politik beliau, Muhammad Sanusi..

Namun, alhamdulillah, beliau tidak menghidap penyakit lain selain kencing manis dan jantung..sejak mengambil alih pentadbiran negeri, Ustaz Azizan begitu besungguh-sungguh mentadbir Kedah dan memperbaiki pentadbiran sebelumnya..dengan dasar-dasar Islam yang diterapkan beliau, saya berdoa supaya negeri Kedah dapat mengikut jejak negeri Kelantan di bawah pimpinan Tuan Guru Nik Aziz malahan lebih baik lagi..

Dengan sokongan banyak pihak dan doa (kami) rakyat yang mengiringi, saya berharap Ustaz Azizan cepat sembuh agar dapat segera kembali menjalankan tugas berkhidmat kepada rakyat..inilah kata-kata seorang pemimpin berjiwa rakyat sebelum beliau dimasukkan ke IJN, apabila disuruh berehat,

"Laaaa...aku nak rehat lagu mana? ang tak nampak kerja kita bertimbun tu..."

No comments:

Post a Comment