Tuesday, August 16, 2011

Pilihan Raya Umum DUN Sarawak Ke-10 Tahun 2011

Maaf jika entri agak ketinggalan..namun, tujuan asal entri ini adalah sebagai rujukan peribadi saya pada masa hadapan..bagi yang belum membaca analisis ini mahupun yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut, silakan.. Kunjungan anda di blog ini tidak sia-sia, malah amat dialu-alukan..

Berikut adalah fakta maklumat asas Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10 :-

PENDUDUK SARAWAK: 2,261,800 orang

JUMLAH DEWAN UNDANGAN NEGERI: 71

PENGUNDI : 979,796 (2006: 892,537)
861,423 (biasa) 
18,363 (pos)

JUMLAH PUSAT MENGUNDI : 1,749 (2006: 1,716) 
SEKOLAH : 1,071 (2006: 1,062) 
RUMAH PANJANG : 402 (2006: 396) 
BALAI RAYA : 126 (2006: 125) 
DEWAN : 59 
LAIN-LAIN : 91 (2006: 125)

JUMLAH SALURAN : 2,606 (2006: 2,450)

CALON BERTANDING : PARTI CALON 
BN 71 (2006: 71) 
PKR 49 (2006: 25) 
SNAP 26 (2006: 29) 
DAP 15 (2006: 12) 
PCM 6 PAS 5 (2006: 1) 
BEBAS 41 (2006: 20)
JUMLAH CALON BERTANDING : 213 (2006: 158)

KATEGORI BERTANDING : SATU LAWAN SATU – 27 (2006: 54) 
3 PENJURU – 23 (2006: 12) 
4 PENJURU – 17 (2006: 1) 
5 PENJURU – 2 (2006: 1) 
6 PENJURU – 2

PETUGAS PILIHAN RAYA : 24,379

PENGANGKUTAN: : a. helikopter : 27 (2006:20) 
b. kapal terbang kecil: 2 (2) 
c. kereta & pacuan empat roda: 4,499 (2,257) 
d. perahu: 853 (1,055)

Berikut adalah analisis mengenai jumlah kerusi dan undi yang diperoleh oleh parti serta calon yang bertanding pada pilihan raya negeri Sarawak ke-10 :-

BN memenangi 55 kerusi dengan jumlah keseluruhan 372,379 undi. 

DAP memenangi 12 kerusi dengan jumlah keseluruhan 134,847 undi. 

Parti Keadilan Rakyat memenangi tiga kerusi dengan jumlah keseluruhan 117,100 undi. 

Bebas memenangi satu kerusi dengan 41 calon yang bertanding atas tiket Bebas mendapat jumlah keseluruhan 20,064 undi. 

Sementara itu, tiga parti tidak memenangi sebarang kerusi namun jumlah keseluruhan undi yang dikumpul ialah SNAP 15,663 undi, PAS (9,719 undi) dan Parti Cinta Malaysia (2,895 undi). 

Keputusan terakhir diterima ialah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kakus pada 11 malam. 

Jumlah bilangan keluar mengundi 682,854 orang. 
 
Peratus keluar mengundi 70 peratus. 

Jumlah undi ditolak sebanyak 8,224 undi. 

DUN mendapat undi majoriti tinggi ialah Bukit Assek iaitu 8,827 undi. 

DUN mendapat undi majoriti paling rendah ialah Senadin iaitu 58 undi. 

Jumlah calon yang hilang deposit kerana gagal mendapat satu per lapan daripada jumlah undi keseluruhan ialah 71 calon.

Keseluruhannya, BN memenangi 55 kerusi, DAP (12), PKR (3) dan Bebas (1). Keputusan itu menunjukkan BN kehilangan lapan kerusi, berbanding 63 kerusi yang dimenanginya pada 2006. DAP dan PKR juga menyapu bersih semua lima kerusi di Kuching.

Keputusan (detail) tidak termasuk senarai untuk DUN N17, N26, N33, N46, N58, N59, N60, N61 dan N68..

Keputusan (ringkas) lengkap 71 DUN di Sarawak..

No comments:

Post a Comment