Monday, August 15, 2011

Chong Wei Kalah Kerana Derhaka Misbun

Cukup mengecewakan apabila melihat Datuk Lee Chong Wei tumpas di tangan Lin Dan dalam penentuan yang mengheret ke rubber game..Chong Wei tewas 22-20, 14-21, 23-21..sekalipun sudah berada di match point 20-19 pada set yang ketiga, beliau tidak mampu menahan asakan Lin Dan sebaliknya kesilapan mudah yang dilakukan beliau di hujung perlawanan memberi laluan kepada Lin Dan untuk memintas dan menjuarai Kejohanan Dunia kali ke-4 peribadi..misi Chong Wei untuk meraih kejuaraan sulung Kejohanan Dunia bagi dirinya secara peribadi lebur sekaligus meneruskan kemarau Malaysia untuk meraih kejayaan di Kejohanan Badminton Dunia buat pertama kali..Chong Wei ternyata masih gagal menyaingi kehebatan Super Dan..Daripada 24 rekod pertemuan mereka, Lin Dan menang 16 kali manakala Chong Wei hanya 8 kali..

Lazimnya, kita mendengar sokongan padu daripada seluruh rakyat Malaysia kepada beliau dalam setiap kejohanan yang disertainya..namun, tidak kurang juga yang mengkritik beliau..ada yang menyatakan Chong Wei tidak akan mampu menandingi Lin Dan, ada yang bercakap Chong Wei hanya memegang title sebagai pemain No. 1 dunia kerana banyak menyertai kejohanan dan bukannya kehebatan keseluruhan..mungkin yang itu kita biasa dengar..tetapi bagaimana pula dengan kenyataan bahawa Chong Wei tewas kerana derhaka kepada bekas jurulatihnya, Datuk Misbun Sidek??

Tujuan saya menulis entri kali ini bukanlah mahu memburukkan sesiapa bahkan jauh sekali berniat untuk menabur fitnah..namun, sebagai orang biasa, berita sebegini sampai juga di telinga saya biarpun saya sendiri tidak pasti berita ini benar atau tidak..desas-desus menyatakan Chong Wei tidak mahu lagi berada di bawah Misbun kerana Misbun seorang melayu dan beliau memberi alasan bahawa beliau sudah matang, profesional dan perlu berdikari..sedangkan BAM yang sememangnya dimonopoli kaum cina mahu penglibatan melayu dalam arena badminton lenyap terus..kerana itulah Chong Wei memilih Tey Seu Bock sebagai jurulatih barunya..sama ada beliau memilih atau BAM yang memilih tidak dapat dipastikan..tetapi yang pasti, Chong Wei rela..

Pada mulanya beliau memaklumkan bahawa beliau akan mengikut jejak langkah sifunya yang akan meninggalkan BAM..namun semua itu hanya omong kosong bagi pandangan sesetengah pihak..mana mungkin Lee Chong Wei yang begitu ghairah mengaut kekayaan di arena badminton antarabangsa membuat keputusan sebodoh itu..ya, pandangan itu benar..setelah Chong Wei memenangi kejuaraan terbuka All-England 2011 dengan menumpaskan Lin Dan di bawah kendalian jurulatih sebangsanya itu, beliau mula lupa daratan..beliau mula melupakan Misbun..beliau melupakan jasa gurunya..beliau melupakan budi orang yang mula-mula membawanya ke kancah badminton..beliau lupa segala kejayaan yang dikecapnya bersama Misbun hasil titih peluh Misbun melatih beliau..beliau lupa keringat Misbun melatih beliau sebelum subuh dan selepas subuh..beliau lupa insan yang membawa beliau dari pemain yang tidak ternama kepada pemain No. 5 dunia sebelum beliau dilatih oleh Li Mao..dan setelah bergelar pemain No.2 dunia, Misbun kembali melatih beliau atas permintaan Chong Wei sendiri..

Zulfadli Zulkifli
Sedih apabila mengenangkan nasib Misbun Haji Sidek..semasa bergelar pemain, beliau pernah dikenakan dengan ilmu hitam sehingga tewas di final All-England suatu ketika dulu biarpun jauh meninggalkan lawan dan sudah berada di mata akhir..ketika bergelar jurulatih pula, beliau dibuang begitu saja setelah khidmatnya tidak diperlukan lagi..punca Misbun keluar BAM adalah kerana BAM tidak membenarkan beliau melatih anaknya, Misbun Ramdan bersama Lee Chong Wei..berikutan itu, beliau mula tawar hati dengan BAM..Misbun juga dikatakan tidak senang dengan tindakan BAM yang kurang mengetengahkan bakat-bakat melayu terutamanya dalam pemilihan pemain untuk bermain di kejohanan luar negara..mungkin kerana itulah juara remaja Asia, Zulfadli Zulkifli berkeras tidak mahu menyertai BAM dan lebih rela berada di bawah kendalian bapanya sendiri kerana tidak mahu mengalami nasib yang sama seperti Misbun Haji Sidek..

Tey Seu Bock
Sekarang ini Tey Seu Bock buta-buta mendapat nama atas kejayaan Lee Chong Wei sedangkan yang sekian lama memerah keringat melatih Chong Wei sehingga beliau menjadi pemain profesional adalah Misbun sendiri..itupun masih ada sebilangan golongan cina yang mempertikai gelaran Datuk yang diberikan kepada Misbun..ternyata, segala titik peluh Misbun selama tidak dihargai mereka dan Lee Chong Wei..sungguh mengecewakan..Chong Wei lupa siapa yang menaikkan namanya..lupa siapa yang bersungguh-sungguh melatih beliau..yang memeluk beliau dengan setiap kejayaannya..tidak kira busuk dan kotor peluh..mungkin sudah tiba masanya Misbun melupakan Chong Wei yang derhaka dan mula mencari bakat-bakat muda melayu..ramai yang percaya bakat-bakat melayu masih ramai yang tidak diketengahkan..mungkin kekalahan Lee Chong Wei kali ini adalah kerana derhakanya beliau kepada gurunya..

Jangan dituduh saya seorang yang anti-cina atau cuba meniupkan api perkauman..ini adalah apa yang saya dengar dari mulut masyarakat..sesiapa saja boleh menafikan apa yang tertulis di sini..tetapi, perlu diingat, jika tiada angin, masakan pokok bergoyang..dalam senario negara kita yang perpaduan kaum dilihat seperti di hujung tanduk biarpun sudah lebih 50 tahun merdeka, perkara sebegini tidak mustahil..kepada Datuk Lee Chong Wei, teruskan usaha memburu emas Olimpik..saya tetap menyokong anda ATAS NAMA MALAYSIA..

No comments:

Post a Comment