Monday, August 8, 2011

Legasi Skop Production Sdn Bhd

Dato' Yusof Haslam
Siapa tidak kenal Dato' Yusof Haslam, pengarah dan penerbit yang cukup berjaya di Malaysia..beliau pernah mendapat jolokan sebagai Six Million Dollar Man setelah filem arahan beliau, Sembilu 2 meraih kutipan sebanyak RM6.1 juta pada tahun 1995..satu jumlah yang membawa filem ini kekal dalam senarai 10 filem Malaysia yang mendapat kutipan tertinggi dan satu-satunya filem era 90-an yang mampu berada di ranking itu..

Jumlah ini sukar dicapai oleh mana-mana pengarah filem yang rata-rata hanya meraih kutipan satu hingga dua juta sahaja..Yusof Haslam merupakan Pengarah Urusan di Skop Production, syarikat pengeluar dan penerbit filem & drama milik beliau sendiri..drama popular terbitan Skop Production ialah Gerak Khas..drama ini mula diterbitkan pada 4 Mei 1999 dan masih diterbitkan hingga kini iaitu kira-kira lebih 12 tahun..
Syamsul Yusof

Hari ini, legasi Skop Production diteruskan pula oleh anak Yusof Haslam sendiri iaitu Syamsul Yusof..pada mulanya, Syamsul dilihat mudah menggunakan populariti ayahnya untuk menaikkan namanya sebagai pengarah filem..namun, perjalanan seninya tidak semudah itu..beliau terpaksa menghadapi cabaran dan kritikan dari banyak pihak termasuk ayahnya sendiri..beliau pernah menangis dan mengatakan serik untuk mengarah filem lagi ketika dalam usaha menghasilkan filem arahannya yang pertama, Evolusi KL Drift..namun, segala ujian itu mematangkan dirinya untuk terus berkarya..

Hasilnya, Syamsul menjadi pengarah pertama di Malaysia yang mana setiap filem barunya mencatat kutipan yang lebih tinggi berbanding filem sebelumnya..buktinya, Evolusi KL Drift mencatat kutipan RM3.9 juta..Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam meraih RM4.14 juta..Evolusi KL Drift 2 mencapai RM5.67 juta..manakala Khurafat melonjok kepada RM8.08 juta..paling membanggakan, filem terbaru beliau, KL Gangster memecah rekod filem Malaysia sebagai filem yang paling tinggi kutipan dengan angka RM11.74..hampir 2 kali ganda dari kejayaan yang dikecapinya ayahnya sendiri..filem ini berjaya melepasi angka keramat RM10 juta yang pada awalnya diwar-warkan mampu dicapai filem Nur Kasih The Movie ataupun Hikayat Merong Mahawangsa..

KL Gangster
Kejayaan ini pastinya menjulang legasi Skop Production Sdn Bhd sekaligus mengetepikan pesaing-pesaing lain seperti MIG Production, KRU Studios dan Grand Brilliance..dimaklumkan juga bahawa Skop Production kini merancang untuk menerbitkan semula filem Bukit Kepong dalam nafas baru yang akan diarahkan oleh Syamsul Yusof pada tahun depan..

Filem ini mungkin menelan belanja sebanyak RM8 juta, namun syarikat bersedia mengeluarkan kos RM3 juta dan memohon dana daripada FINAS untuk pembiayaan kos selebihnya..bagi Yusof Haslam, filem patriotik sukar menjanjikan pulangan yang lumayan seperti filem komersial yang lain, namun, usaha ini dilihat amat perlu sebagai salah satu sumbangan syarikat kepada negara dalam meniupkan semangat patriotik kepada generasi muda dan sebagai bahan sejarah..

Saya merasakan keputusan Skop Production membikin semula filem Bukit Kepong tanpa mengubah jalan cerita asal sangat baik dan berupaya menjana keuntungan memandangkan reputasi Syamsul yang semakin gah pastinya menarik penonton dan peminat filem tanah air menonton dan menyokong filem arahan beliau..semoga kesinambungan legasi Skop Production dapat diteruskan sekaligus mengangkat martabat filem Malaysia ke tahap lebih tinggi seperti yang dicapai negara sewaktu zaman Tan Sri P. Ramlee..selamat maju jaya!!

No comments:

Post a Comment