Tuesday, August 23, 2011

Saya Cintakan Sampul Duit Raya, Bukan Duit Raya Part 1

Maaf kerana entri ini sedikit mengenai raya biarpun kita sepatutnya memfokuskan pada fasa Ramadan yang terakhir, moga-moga kita memperoleh pembebasan dari api neraka dan keberkatan Lailatul Qadr..mengimbau kenangan saya pada waktu kecil dahulu, saya ingin berkongsi beberapa perkara dalam coretan kali ini..selamat membaca!

Masa kecik-kecik dulu, aku minat gila kat sampul duit raya..aku tak minat sangat kad raya sebab kecik-kecik tak pernah dapat kad raya..aku pun malas tulis kad raya..tulisan aku tak cantik..tak pandai karang ayat..buat pantun pula rasa macam tak sedap saja..lagipun kena beli, bagi aku mahal..aku bukan ada duit sangat..mak bapak susah..so, malas nak fikir pasal kad raya..aku lebih tertarik dengan sampul duit raya..bukan sebab dalam tu ada duit tapi sebab sampul duit raya cantik sangat..cantik sangat-sangat..warna warni..masing-masing ada corak dan hiasan yang tersendiri..gabungan warna pun menarik..

Tambahan pula, sampul duit raya tak payah beli..ayah aku tak pernah beli..dia pergi keluarkan duit kat bank, bank bagi sampul duit raya mereka..ayah aku selalu guna Bank Rakyat..so, hampir setiap tahun, sampul duit raya yang ayah aku suruh isi duit di dalamnya adalah dari Bank Rakyat..sampul Bank Rakyat ini ada tahun cantik, ada tahun tak cantik..tapi, sekali ayah aku dapat banyak..jadi, aku rasa kurang special sebab tanpa aku usaha, senang-senang dapat koleksi sebanyak tu..aku tak suka kalau satu jenis sampul ada aku banyak sangat..aku suka kalau satu jenis, satu saja aku ada..baru lebih nikmat untuk aku menatap sampul duit raya tu..

Untuk masukkan duit ke dalam sampul duit raya ayah aku, aku tak berapa minat sangat..tapi adik aku minat..setiap kali mereka nak masukkan duit raya, aku akan pastikan satu sampul kad raya tu aku dah simpan..kalau tak, semua habis diberi pada sanak saudara..melepas aku sampul raya jenis tu..

Time pagi raya, aku dengan adik aku pun keluar la berjalan dari rumah ke rumah untuk kutip duit raya..aku keluar sebelum solat hari raya..mak ayah aku pun tak larang..aku mana tahu masa tu..kecik lagi..aku dengan adik 'redah' saja la rumah-rumah di kampung aku tu..yang mana orang kampung yang kenal dengan keluarga aku, nenek aku, mereka tak kisah pun kami datang awal sebelum orang keluar pergi solat hari raya..masa kami tengah makan kuih raya, nampak la mereka bersiap-siap hendak pergi masjid dan surau..tapi masa tu mana aku tahu yang mereka kelam kabut hendak pergi solat..aku ingat mereka bangun lewat pada pagi raya..aku pun makan macam biasa saja la..makan juga sikit, nanti orang ingat datang rumah orang nak duit raya saja..

Tapi, orang kampung yang tak kenal, ada juga yang marah..mereka kata, "apa ni mai rumah orang awai-awai..orang kalut nak pi sembahyang raya, mai mintak duit kat rumah orang dah..tak pi sembahyang raya ka? nak ambik duit ni.." Aku ingat lagi peristiwa tu..biarpun masa tu masih budak-budak, aku begitu tersinggung dengan mereka..aku dari kecik memang sensitif..tahun berikutnya, aku dengan adik aku keluar selepas orang pergi sembahyang raya dan tidak pergi lagi ke rumah orang itu..aku tersangat malu..
bersambung esok...

No comments:

Post a Comment