Wednesday, August 10, 2011

Tenang Ketika Susah, Syukur Dalam Nikmat

Sekarang ini pastinya ramai sedang bercakap tentang bonus setengah bulan yang diumumkan Datuk Seri Najib semalam..ramai yang menyambut gembira berita tersebut, malah ramai juga yang mengkritik..gembira kerana dapat sedikit mengurangkan beban mereka menjelang Aildilfitri nanti setelah 2 tahun mengharap..bagi yang mengkritik pula lebih banyak sebabnya..saya senaraikan serba sedikit sebab-sebab tersebut dari komen yang sempat saya baca di entri TERIMA KASIH PM dari cuepacs.blogspot
  1. 'gula-gula' dari Najib untuk memancing undi PRU 13
  2. minta bonus RM1000, baju raya paling murah pun RM500
  3. niat Najib beri bonus bagus, tetapi pengagihannya tidak bijak
  4. pengagihan bonus seperti piramid MLM
  5. bonus tidak setimpal, harga barang makin naik menjelang raya
  6. yang bergaji RM1000 ke bawah tidak merasa bonus 1/2 bulan
  7. tidak 1Malaysia selagi bonus tidak diberi 4 kali setahun
  8. kesal kerana bonus hanya diberi sebelum raya, tidak sebelum deepavali, christmas dan raya cina
  9. tidak cukup untuk bayar roadtax, insurans kereta, hiasan rumah, pinggan baru dan duit raya anak buah
  10. 'boleh buat beli cincin 24 juta dan beg tangan Bosnia untuk isteri tersayang'
  11. yang lebih kerja, malas kerja, tidak produktif dan gred besar semua dapat bonus
  12. bonus hanya patut pada yang layak sahaja, jika wang galakan baru layak diterima setiap PA dengan kadar yang sama tidak kira apa gred sekalipun
Saya cuma ingin mengulas beberapa perkara..dari sudut politik, tidak dapat dinafikan, mungkin pemberian bonus setengah bulan ini salah satu strategi Najib untuk meraih undi, tetapi perlu diingat, jika pemberian bonus 2 bulan pula, ini mungkin juga salah satu strategi Najib untuk meraih undi..pokoknya, kecil atau besar nilai bonus, ia tetap ditafsir sebagai meraih undi..saya langsung tidak berniat menyebelahi mana-mana pihak, namun saya rasa lebih senang jika kita menerima pemberian bonus ini dengan hati terbuka..soal kecil atau besar perkara kedua..bottom linenya, ia sedikit sebanyak mampu meringankan beban kita sebagai rakyat biasa..

Tetapi saya sama sekali tidak menolak malah menyokong gesaan pelbagai pihak terhadap kerajaan yang dilihat boros berbelanja wang negara..ekonomi negara yang tidak stabil ditambah pula dengan pendapatan negara yang kian merosot..langkah mudah diambil dengan menaikkan harga barang, harga minyak dan tarif elektrik sehingga menindas rakyat bawahan..sebaliknya kebajikan rakyat yang wajib diutama dan dipelihara..

Kesimpulannya, saya secara peribadi menerima bonus ini dengan hati yang senang, tetapi pada masa yang sama berharap agar kerajaan mengkaji semula pengagihan, memperbaiki ekonomi negara dan berbelanjalah secara berhemah di samping menjaga kebajikan rakyat..mudah-mudahan, kita rakyat Malaysia makmur dan sejahtera..bak kata ayahanda saya, 

"tenang ketika susah, syukur dalam nikmat"

No comments:

Post a Comment