Friday, August 19, 2011

Youngest And Most Beautiful Prime Minister

Yingluck Shinawatra
Dalam kita melayari senario politik tanah air, kadangkala perlu juga kita menyelak beberapa isu semasa berkaitan politik luar negara..rasanya, kicauan politik luar negara yang paling dekat di telinga kita mutakhir ini tentulah dari negara jiran kita Thailand..

Tampuk pemerintahan di negara gajah putih itu kini diambil alih oleh Yingluck Shinawatra, adik kepada Thaksin Shinawatra setelah parti pimpinan beliau, Pheu Thai Party mengalahkan parti kerajaan, Democrat Party pimpinan Abhisit Vejjajiva dalam Thailand general election baru-baru ini..maka, secara rasminya, Yingluck Shinawatra dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-28 sekaligus menjadi perdana menteri wanita pertama Thailand..

Saya tidak mahu mengulas langsung tentang kemenangan besar parti itu dalam pilihan raya tersebut mahupun agenda parti itu sama ada ingin membawa pulang Thaksin atau tidak..namun, apa yang lebih mencuri tumpuan saya ialah Yingluck Shinawatra, The Youngest And Most Beautiful Prime Minister In The World..di sini, saya sertakan 4 link yang menjadi rujukan saya untuk mengetahui serba ringkas tentang keadaan politik Thailand dan Yingluck sendiri :-

  1. Yingluck Shinawatra profile and Biography
  2. How far can Yingluck's 'beauty premium' get her?
  3. 'Pretty, rich and smart' woman to be Thailand's first female PM?
  4. Yingluck Shinawatra first Prime Minister Beautiful, from Thailand
Sepanjang kempen pilihan raya, Yingluck dilihat lebih sebagai bintang filem daripada ahli politik..beliau yang berusia 41 dianggap sebagai pengganti dinasti Shinawatra.. Kata wanita beranak satu ini, “My father was a politician. My brother was also a politician. So-called political experience is that I know politics since childhood..” Namun, itu semua tidak penting..cabaran besar menanti Yingluck selepas ini..beliau pilihan dan harapan rakyat Thailand untuk mengemudi negara bergolak itu..

Teringat saya kepada kata-kata Booker T. Washington, seorang pendidik, penulis, pemidato dan pemimpin politik berbangsa Afrika Amerika,

"Success is to be measured not so much by the position that one has reached in life, but as the obstacles they have overcome.."

Sebagai penutup, ada juga pemerhati politik yang sempat berseloroh..kata mereka, dulu Benazir Bhutto (arwah) adalah perdana menteri wanita tercantik dunia..kini, muncul pula Yingluck Shinawatra..Thailand sudah, Filipina sudah (Corazon Aquino dan Gloria Macapagal-Arroyo), Indonesia pun sudah (Megawati Sukarnoputri)..bila pula Malaysia akan ada PM wanita? Kita pun ada ramai cantik seperti Yingluck!

Pandangan peribadi saya, mungkin lebih baik tidak ada.. (~_^)v

No comments:

Post a Comment