Saturday, August 20, 2011

Sinar Harian Bukan Kuli Suhaizan Kayat

Suhaizan Kayat
Hari ini saya agak kecewa dengan satu tajuk berita di website Harakah Daily iaitu Daftar pemilih: 5 lagi nama untuk dijejak Sinar Harian.. Suhaizan Kayat, yang merupakan Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda PAS dilihat begitu angkuh dan sombong dalam kenyataan beliau dalam berita tersebut..beliau seperti tidak berpuas hati dengan kejayaan akhbar Sinar Harian membongkar identiti Mismah yang sebenar setelah nama Mismah dicanang-canang sebagai salah seorang daripada ribuan pemastautin tetap yang mendapat kerakyatan warganegara Malaysia dengan mudah..

Sebelum ini, Mismah didakwa sebagai seorang permanent resident yang mempunyai MyPR tetapi memperoleh MyKad dalam masa hanya 4 jam dan didaftar sebagai pengundi dalam daftar pengundi SPR..pendedahan saudara Suhaizan Kayat dalam berita Pemilihan Umno pun ada pengundi hantu sekali lagi meleset apabila akhbar Sinar Harian terus membongkar tuduhan terbabit sekaligus menyangkal dakwaan bahawa mereka yang dituduh iaitu Azhar bin Ahmad, Besah bin Mat dan Mansor bin Ahmad adalah pengundi klon dan boleh mengundi 2 kali..sebaliknya, mereka yang tertuduh mempunyai pasangan kembar mereka masing-masing..

Mungkin bengang dengan penemuan itu, beliau semalam dengan sinis mengucapkan terima kasih atas usaha murni akhbar bebas itu sambil mahu akhbar tersebut menjejaki 5 lagi nama yang didakwa mempunyai klon kad pengenalan..amboi, angkuhnya beliau! Sikap sebegitu tidak patut ada pada seorang pemimpin Islam..mungkin Ketua Pemuda PAS Johor ini merasakan tindakan akhbar Sinar Harian bersungguh-sungguh membongkar pendedahan beliau sebagai arahan UMNO/BN seterusnya melabelkan akhbar itu sebagai pro-BN atau lebih parah sebagai media murahan upahan UMNO..

Siapa beliau untuk meminta Sinar Harian menjejak lagi 5 nama yang didedahkan beliau itu? Mengapa tidak disuruh anak buah beliau sendiri sahaja membongkar lagi 5 nama yang begitu dimusykilkan mereka itu?? Sinar Harian bukan kuli beliau yang mudah disuruh buat itu dan ini..keangkuhan, kesombongan dan keegoan sangat terserlah apabila beliau langsung tidak meminta maaf daripada 3 insan yang dikatakan pengundi hantu UMNO itu setelah menuduh mereka sedemikian rupa..tidak akan rendah martabat seorang pemimpin tinggi seperti beliau jika meminta maaf daripada 3 orang tua yang nyata sekali tidak bersalah itu..

Dato' Hj Husam Musa
Jika beliau benar-benar yakin bahawa wujudnya pengundi hantu atau pengundi klon dalam daftar pemilih SPR, adalah lebih baik sekiranya beliau mengarahkan anak buah beliau sendiri menyiasat perkara itu seperti Datuk Husam Musa yang mengarahkan anak buah beliau membongkar isu terbabit dan tidak pula menyalahkan orang lain mahupun mengeluarkan kenyataan sinis terhadap pihak lain..ini yang patut para pemimpin PAS yang lain contohi..

Saya sendiri yakin wujudnya gejala tersebut dalam sistem pilihan raya negara kita yang didalangi parti kerajaan bagi memastikan kemenangan mereka..namun pendapat peribadi saya, adalah lebih baik jika pihak Pemuda PAS membuat laporan rasmi terus kepada SPR bagi menyiasat kepincangan itu..tidak perlu menyindir sesiapa dalam hal ini..bukankah tindakan itu lebih beretika dan profesional!

p/s: setiap tindakan dan akhlak kita sentiasa diperhati pengundi median/moderate..


No comments:

Post a Comment